Search

Amaran Dari Tuhan?



Salam kepada pembaca kisah2 seram sekelian,


Panggil saya Iskandar. Kisah saya ini pelik sedikit. Bukan kes penampakan atau pengalaman secara empat mata. Kisah ini berlaku ketika saya tidur dan bermimpi.


Sedikit sejarah tentang kehidupan saya, pada satu ketika, saya banyak melakukan dosa. Sehinggakan saya nak tidur pun rasa begitu sukar. Saya akan tidur hanya sekitar 4 lebih pagi dan selalunya tidur saya tidak nyenyak. Saya cuba makan pil Melatonin untuk menolong saya rehat tetapi ia kurang mujarab dan sebagai kesan sampingannya, saya menjadi kurang penyabar dan adakalanya emosi saya berbolak-balik. Kadangkala saya terfikir, mungkin kerana cara kehidupan saya ini menyebabkan syaithan mengganggu saya sehinggakan saya sukar untuk tidur.


Berbalik pada kisah saya yang terjadi menerusi mimpi yang berlaku sekitar 10 tahun lepas, ia menjadi satu mimpi yang saya ingat hingga ke hari ini kerana ia terjadi sangat jelas seolah2 ia satu mimpi yang nyata di depan mata.


Dulu saya mempunyai teman rapat bernama Sufyan dan Sahli. Dalam mimpi ini, saya dan teman-teman saya sedang beratur di dalam sebuah terowong. Keadaan terowong ini gelap sedikit dan warnanya merah seperti kemerahan daging yang baru disembelih atau disalai. Ketika beratur, saya di hadapan dan teman-teman saya di belakang. Kami sedang beratur untuk melalui sebuah gantri.


Yang peliknya, gantri ini seperti gantri tiket yang terdapat di stesen-stesen MRT. Saya melihat orang-orang di hadapan saya semua mendapat lampu hijau sebelum dibolehkan untuk melalui gantri tersebut. Saya masih ingat lagi perasaan saya ketika itu, rasa tak sedap hati, risau dan takut. Apabila tiba giliran saya, "Teeeeeeet"... Lampu hijau bertukar menjadi lampu merah! Sebelum saya melangkahkan kaki ke hadapan, saya sempat berpusing dan memanggil teman-teman saya,"Sahli! Sufyan! Mana korang?"


Tiba2... Saya ditolak oleh sesuatu atau seseorang... Saya ditolak dan terus terjatuh dari satu ketinggian seperti dari atas sebuah cenuram (kalau diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, "cliff"). Saya jatuh dari ketinggian dan dapat merasakan seperti jantung saya ikut jatuh juga. Saya terjatuh ke dalam air merah panas, seperti lava gunung berapi. Saya masih tak dapat melupakan apa yang terjadi seterusnya. Saya boleh rasakan tengkorak saya seolah-olah akan meletup sebab kepanasan air merah itu. Terus saya terbangun berpeluh-peluh. Sehingga ke hari ini saya tertanya-tanya, adakah itu satu amaran dari Tuhan?


Terima Kasih dan Selamat Malam Seram...


Iskandar

125 views0 comments

Recent Posts

See All

Assalamualaikum Abang KC, Nama saya Qamarina. Saya merupakan peminat tegar Malam Seram yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Saya ada kisah yang ingin dikongsikan bersama dengan pembaca blog Malam S

Assalamualaikum KC, Saya Khairul dari Kajang, Selangor. Pengalaman ini berlaku semasa sama belajar di Penang. Saya tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakan. Pernah satu hari saya tertidur pada waktu

Assalamualaikum KC, Saya Izam daripada Brunei Darussalam. Cerita misteri ini mengenai pengalaman ibu dan bapa saya sendiri sewaktu kelahiran saya. Kejadian ini berlaku dekat Hospital Ripas. Ibu member