top of page
Search

PADAH BERGAYUT DI TELEFON AWAM HINGGA LEWAT MALAM!


(UNTUK DENGAR MUZIK LATAR SAMBIL MEMBACA TAP "LISTEN IN BROWSER")


Assallamuaalaikum KC,


Salam khabar dari peminat Setia MJ12 & Malam Seram dari Kuching, Sarawak, nama saya Muhd Za.. boleh tapi guna sahaja nama samaran... MZ


Saya nie menjadi pendengar setia Kisah2 Seram dari KC dah 2 tahun...sejak dengar pertama kali terus “Melekat”…

Setelah sekian lama tergerak nak kongsikan satu kisah..sebenarnya saya ada banyak kisah2 seram yang nak dkongsi tapi ini adalah satu daripadanya..


Kisah ini berlaku semasa era tahun 1995/96..( Zaman Takde Gadget)


Ketika itu saya baru habis Sekolah Menengah,atau tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Masa cuti panjang, tidak tahu nak habiskan waktu lapang jadi kebetulan saya nie ada minat nak berniaga. Maka dengan sedikit modal, saya bukaklah bisnes kecil2an (sementara tunggu keputusan peperiksaan), bukak Stall Burger sambil dibantu kawan2 sekampung.


Tapak stall saya nie, kat lorong pejalan kaki...yang jugak berada betul2 di persimpangan utama masuk ke kampung. Disekitar Stall saya tue jugak., ada bnyk rumah2 kedai yg jd tumpuan orang ramai pada waktu siangnya..itue la sebabnya saya decide nak berniaga di situ..kononya stall saya boleh jadi tumpuan sebab banyak orang lalu lalang.


Stall saya ni mula berniaga jam 630 Petang hinggalah Pukul 12 atau 1 Pagi..(mlm Jumaat TUTUP)


Tapi KC..bila jam dah masuk Pukul 10 malam lain la pulak keadaannya persekitaran di situ...


Rumah2 kedai berhampiran ..pukul 830 malam akan tutup....keadaan nampak je Sunyi tapi riuh rendah oleh aktiviti di Stall saya..


Stall saya nie biasanya banyak pembantu...kawan2 akan datang bantu saya berniaga..semasa nak mula dan nak tutup stall...

dia orang la yang datang membantu sambil2 lepak.. borak dengan kawan2 yang lain..


KC..


Nak dijadikan cerita, berhampiran dengan stall saya tue, kira2 (10 Meter)

ada sebatang pohon Ketapang yang tinggi ..pohonnya lebar dan besar..

besarnya luar biasa hingga boleh jadi amat rendang keadaan dibawah pokok tue pada waktu siang..


dibawah Pohon Ketapang tue pulak pada masa tue..ada terdapat pondok telefon awam yang berkembar 4 (Quadruple Booth)...Sekarang nie dh tinggal 2 Pondok.


KC pun tau la kan...Zaman era 90'an..Perkataan "Bergayut" tue maknanya berbual ..bertelefon dengan makwe/pakwe guna telefon awam la kan.....


So malam2, pondok2 telefon tue memang jadi tumpuan la bagi remaja2 yang "bergayut"..


tapi sepanjang berbulan2 saya berniaga dsitu, saya perasan ada seorang remaja lelaki ni suka sangat bergayut sampai lewat malam..saya kenal muka je..tak tau nama budak tue...tapi memang jadi kebiasaan budak tue "Bergayut" setiap malam...sampaikan waktu saya dah sorongkan stall kat belakang rumah kedai ( nak tutup stall) pun dia masih distu..rancak berborak...dengan siap duduk atas motor "Double-Stand" lagi kt situ..tapi saya dan kawan2 tak endahkan..sebab itu perkara biasa zaman tue...niat just nak tutup stall dan balik rumah...


Sehinggalah satu malam Sabtu tue...ketika sedang berniaga...saya dan salah sorang kawan saya nak guna telefon...saya dapati yang kesemua 4 pondok telefon tue,..dah takde gagangnya lagi.....

kami terpkir jugak..nanti tanpa sebab..takut orang2 kampung yang tak tahu akan tuduh kami yang "vandilised" telefon2 tersebut..maklumlah kami nie..lewat malam2 masih jugak disitu...

So saya dan kawan2 ambik keputusan nak siasat....


fikir punya fikir...malam tue memang kami tak berniaga..sebab mlm jumaat...

fikir punya fikir lagi....teringatlah dgn budak yg selalu "berGayut" mlm2 tue..mesti dia tahu sesuatu..tahu apa yg terjadi dgn gagang kesemua telefon2 distu..

kebetulan salah seorang member kenal budak tue dan tahu rumah yg dia tinggal...lalu dia pergi lah bertanya.....tapi xdapat berjumpa..kerana orang di rumah dia tue kata dia tak sihat....


Ya Allah..KC ..


setelah lebih kurang agak seminggu lebih barulah dapat jumpa budak tue..dia cakap memang dia sakit..macam lemah semangat terdemam2..


barulah kami dapat tahu...yang Vandilised ..yang mencabut semua gagang2 telefon tersebut adalah salah seorang ahli keluarga kepada budak tue..


family dia ( mak bapak) nie marahkan budak tue..kerana sudah beberapa kali d tegur balik rumah lewat mlm....selalu lewat balik rumah..lewat kerana asyik bergayut..last2 "tersampuk" Hantu semasa sedang seronok "Bergayut" lewat mlm tue..(Malam Jumaat) ..yang terkejutnya dia bagitau pada subuh pagi tue..dia dijumpai tidur di pondok telefon tue oleh orang2 kampung yang lalu kat situ nak sholat Jemaah di Masjid berdekatan..


KC..

malam Jumaat tue saya ingat lagi...saya memang x berniaga...

tapi memang hujan renyai2 pada malam tue....


tapi dari apa yg saya dan kawan2 tahu..hujan macam mana pun..budak remaja tue akan datang jugak untuk "Bergayut"..


Mengikut cerita dari kawan yang dah jumpa budak tue....


Dah Pkl 1 Pagi...Ketika dia seronok berbual dengan makwe dia malam tue..(duduk atas motor dengan badannya berpaling ke pondok telefon)...


BRO nie ( Xingat nama sebenar)..perasan ada orang datang menghampirinya dari belakang....


lama kelamaan...dia rasa x selesa...lalu menoleh sedikit guna anak mata melihat kebelakang...


walaupun samar2 sebab gelap...dia nampak ada seorang perempuan sedang berdiri dibelakangnya...dan dia pun cakap..


BRO: Kak..kalau nak pakai telefon...pakai lah yang lain...(sebab kan ada 3 lagi pondok)...


Perempuan tue tak menjawab...


BRO tue pun terfikir...ohh..mungkin dia nak guna telefon yang aku sedang guna nie sebab telefon yang lain tue dah rosak..(sebab memang selalu rosak)


Bro nie curi menoleh belakang lagi..perempuan tue masih jugak berdiri menunggu...(Dalam hati BRO nie terfikir..mungkin perempuan nie nak guna sekejap jer kot)


Lalu bro nie pun cakap...


BRO: Kak...kejap lagi kakak guna telefon nie ya..habis jer tempoh 20 Cent yg saya nak masukkan nie...kakak gunalah dulu....

Saat Bro nie nak masukkan syiling 20 sen tue..syiling tue terlepas lalu jatuh le kat bawah lantai...


Bro nie turun dr motor...dan sewaktu Bro nie membongkokkan badannya nak ambik syiling tue...dia perasan yang perempuan tersebut tak mempunyai KAKI....seolah2 melayang2 diatas lantai..


Sewaktu Bro nie angkat badan sambil gagangnya tak dilepaskan (Awek dia masih bercakap ditalian sebelah)...bro nie pun tercium satu bau yang amat wangiiiii....wangi semacam Bau Bunga Cempaka ..dia kata..wanginya hingga menusuk hidung..


Dah Lah Habis lah Aku ( Bisik dia dalam hatinya)..

dia confirm yg dia sedang diganggu Hantu.....


KC dengan keadaan dia yang mula panik dan x sedap hati ..tapi masih lagi beranikan hati..dan nak sambung cakap kat Awek dia...


bunyinya macam nie..


BRO: Yanggg...Nanti saya call balik yer sebab ada perkara mustahak...


Perempuan yang kat belakang tue menyahut..


HANTU: PERKARA Mustahak Kah? ATAU........KAU DAH TAHU ?????? (Di Ikuti Dengan Bunyi Ketawa Orang Geli Hati)


Masa tue jugak Bro nie cakap..dia terus toleh dan terus "tak sedar"..pengsan...


Waktu Subuh tu jugak..orang2 yang nak pergi Masjid yang jumpa dia lalu hantar balik budak tue pulang ke rumahnya...


Mengikut Bro Nie...semasa kawan kita tue tanya dia macam mana rupa mukanya..?


Dia Cakap mukanya xnampak sebab mukanya KOSONG.....tak berwajah..



tue saje KC...

Harapan semoga KC dapat menceritakan kisah nie dalam Episod Malam Seram yang seterusnya..


kalau tak menarik tue..maaflah yer KC....


DiAttached Untuk Info KC.....Gambar dan keadaan Pondok Telefon tue pada masa sekarang nie..dari 4..tinggal 2 pondok telefon..dan Pohon Ketapang tue pulak dh x serendang mcm dahulu..dicantas dahan2nya oleh Pihak Bandaraya Kuching...Walaupun tak serendang atau selebat macam dulu... kami nie yang tahu kisah seram tue...sehingga ke hari nie..jika teringat balik akan kisah tue jika melalui dan terpandang pohon tue....seram dan meremangnya tetap akan terasa...



Sekian KC..

Terima Kasih KC..Dan Assallamuallaikum dari Kuching Sarawak.


2,044 views1 comment

Recent Posts

See All
bottom of page