(UNTUK DENGAR MUZIK LATAR SAMBIL MEMBACA TAP "LISTEN IN BROWSER")
Salam KC,
KC TOLONG GUNAKAN NAMA SAMARAN "LYDIA", JANGAN GUNAKAN NAMA YANG TENTERA DI EMAIL.
Selamat tengah malam KC nama saya Lydia, saya ingin mengongsi satu pengalaman yang menyeramkan yang berlaku beberapa hari yang lalu. Peristiwa ini berlaku di dalam rumah saya yang terletak di Bukit Batok. Peristiwa ini berlaku semasa saya baru nak lelapkan mata pada waktu malam.
ROUGH IDEA DI RUMAH
Cuma ada 3 orang yang menetap di dalam rumah saya (saya, ibu dan ayah). Ibu dan ayah saya ada satu bilik dan saya ada bilik saya sendiri la KC.
KC, saya ada this thing where by bilik saya tidak boleh senyap bila nak tido pada waktu malam, kalau senyap susah sangat nak tido. Setiap malam mesti saya bukak YouTube, apa-apa videos la KC lepastu kasi video tu berputar bersendirian hingga video itu habis ataupun hingga ke pagi.
Pada malam itu saya macam biasa la KC dah get ready YouTube sambil charge handphone, ye la dah malam nak tido semua esok kerja. Saya pon lelapkan mata tetiba video yang saya mainkan itu berhenti dengan sendirian, saya pon memusing badan saya menghadap table lamp untuk play kan video di handphone saya. Ok la maybe connection rumah kot tak bagos. Lepas beberapa minit kemudian perkara yang sama mula berlaku, tk ke pelik, kalau connection problem dekat screen kan ada the loading circle tu sedang berputar ni tidak KC macam ada orang menekan pause button. (Ada 3 button kat screen, kiri dan kanan punye button is for next ataupun previous video, middle button is to pause or play)
"Alah mungkin tertekan ke ape kot tadi" saya Cuba tidak hiraukan dan sambung membaring di atas Katil. Waktu ni KC saya tidak pejamkan mata untok pastikan perkara yang sama tidak berlaku. Tunggu punye tunggu macam dah ok je handphone, macam normal, video masih bermain.
Apabila saya baru saja pejamkan mata, ya allah KC dier pause lagi............ pada waktu ini saya tau ini bukan connection Nye problem atau phone saya nye problem. Saya teros unplug charger, ambil handphone dan menduduk di tepi Katil sambil memperhatikan video di dalam handphone yang saya pegang itu sedang bermain. Ye la KC nk make sure betol ke tidak. All the way handphone di tangan saya tidak ada satu halangan (pause) pon yang berlaku.
Bulu roma saya naik sampai ke tengkok, nk tido KC tapi tk bole. Sepanjang masa ini saya rasa seperti ada sesuatu di dalam bilik tidur saya tapi tidak pasti apakah itu.
Malam tu saya tidur bukak lampu bilik, bukak side table lamp, tido dalam ketakutan sampai ke pagi. Saya tidak tau apa makluk yang mengganggu saya pada malam itu tapi saya pasti handphone saya ada orang tekan pause button.
Terima kasih KC dan selamat tengah malam.
Thank you for the information very helpful, especially for me who was just getting to know the area there Therefore, if you want to know other information, you can visit our website
https://storyups.com/