top of page
Search

GANGGUAN DI TANDAS ASRAMA


(UNTUK DENGAR MUZIK LATAR SAMBIL MEMBACA TAP "LISTEN IN BROWSER")


Assalamualaikum KC saya hafsah dari johor.Terima kasih pada bob sebab perkenalkan rancangan ini. Banyak kisah actually nak share kat KC tapi kejadian ni paling deep bagi saya sebab kejadian ni first time saya hadapi bila berkenaan dengan makhluk2 begini.

Masa kejadian ini berlaku saya form 3 dok asrama dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar Kota Tinggi. Masa tu sekolah ini start pukul 6.45 pagi. So tak nak lambat ke sekolah seawal pukul 5 pagi kami sudah bangun untuk mandi dan bersiap. Bagi sesiapa yang dok asrama mesti familiar kalau nak mandi letak bekas mandian dekat luar pintu bilik mandi. Kalau bekas mandian tak banyak so maksudnya tak ramai lagi tapi kalau dah beratur bekas mandian tu maksudnya ramailah yang menunggu turn nak mandi. Pagi tu, saya bangun agak lewat dalam pukul 6 pagi. Saya bangun ambil tuala dan bekas mandian bergerak ke bilik air dihujung aras 3 sebab saya dok kat aras 3. Masuk bilik air tengok sudah ramai namun saya letak saja bekas mandian saya dan bergerak keluar dari situ.

“ Lambatlah aku gi sekolah arini..”kataku dalam hati.

Sementara menunggu giliran, aku dok melepak kat koridor luar. Untuk makluman semua pendengar, asrama yang saya duduki ini terdapat 2 bangunan dan ianya berhadapan di antara satu sama lain. So saya doklah kat luar tu sambil melihat sekeliling saya. Ada yang sudah bersiap nak turun pergi sarapan. Ada yang berlari ke tandas. Ada yang baru siap mandi. Tapi mata saya tertumpu pada seseorang ini yang berada pada bangunan hadapan saya. Dia pun sama macam saya dok bertebeng kat koridor tapi matanya melihat saya. Saya tengok dia tapi dalam hati cakap macam tak pernah perasan budak ni.

“Tunggu turn mandi jugak ke?” saya tanya.

Suara saya seakan menjerit masa tu untuk cuba bercakap dengan dia sebab kedudukan dia yang jauh berada di bangunan hadapan saya. Tiada jawapan dan tiada tindakbalas. Tapi! Tiba-tiba dia cabut kepala dia letak atas koridor tu. Terkejut saya dibuatnya. Berdesup saya lari masuk dalam bilik air semula. Masa saya masuk dalam bilik air tu suasana sudah lengang. Mungkin semua orang sudah bersiap mahu ke sekolah. Saya pula terus capai ubat gigi dan berus gigi dan bergerak ke sinki untuk gosok gigi. Sedang saya meletak ubat gigi di atas berus gigi saya masuk seorang budak perempuan dalam bilik air dan terus berdiri di sebelah saya. Saya sangkakan dia pun macam saya bangun lambat ke sekolah.

Dengan ringan mulutnya saya, saya terus bercerita kepada budak yang berada sebelah saya tentang apa yang berlaku kepada saya sebentar tadi. Setelah selesai bercerita sehingga part saya cakap “dia cabut kepala dia letak atas koridor tu” tiba2 dia pusing badan dia ke arah saya dan berkata “Macam ini ker?” sambil kedua-dua tangannya memegang kepala dan mencabutnya dan meletakkannya diatas sinki. Pada masa itu, saya tergamam dan masuk tempat bilik mandi buka shower dan mandi dengan pakaian saya pakai itu. Akibatnya saya demam KC selama beberapa hari. Sekian dari saya terima kasih.

Bye KC.

3,681 views3 comments

Recent Posts

See All

3 Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating

Selamat datang di DEWACINTA!

SITUS BANDAR SLOT ONLINE TERPERCAYA DAN TERBAIK !!!!


Kami Juga menyediakan Fasilitas & Keuntungan sebagai berikut :


* Bonus New Member Rp.10.000

* Minimal Deposit RP.5.000/Withdraw Rp.50.000

( Proses Deposit/Withdraw Tercepat )

* Bonus Next Deposit 1%

* Bonus Reffral sebesar 1%


https://nawalacuki.site/

Edited
Like

aseng jo
aseng jo
Dec 14, 2023
Rated 5 out of 5 stars.

Thank you for the information because this is a very scary and frightening film which is very much in demand by teenagers For further information, please visit our website https://storyups.com/


Like

shelincelin123
Apr 02, 2023

PROMO KHUSUS BULAN INI !!

JANGAN LEWATKAN KESEMPATAN BAGUS, KESEMPATAN BERGARANSI TERBATAS BULAN INI.

BONUS 80% DEPOSIT UNTUK NEW MEMBER.

BONUS RE-DEPO 10% TANPA SYARAT (SEUMUR HIDUP) https://lion78slot.xyz


Like
bottom of page