Search

Anak Patung Usap Rambut Saya!

Assalamualaikum KC,


Nama saya Amy. Pengalaman saya berlaku sekitar dua puluh tiga tahun dahulu. Waktu itu umur saya mungkin sepuluh atau sebelas tahun. Maaf cerita ini agak ringkas dan tidak seseram mana, tapi kalau terkena pada diri sendiri, mungkin boleh pengsan.


Dulu saya kutip sebuah anak patung di tepi tong sampah bawah blok rumah lama saya di Yishun. Malam itu saya tidur dengan Mak saya di dalam satu bilik. Anak patung itu saya letak di atas rak-rak katil di sebelah belakang saya. Kirakan bila saya baring di atas katil, anak patung itu betul-betul berada di belakang kepala saya.


Waktu itu mak saya dah tidur kerana terlalu penat bertugas sehari suntuk. Saya seorang saja tidak boleh tidur. Saya tidak ingat waktu itu jam berapa. Tiba-tiba, saya terasa seperti ada telapak tangan sedang mengusap-usap rambut saya. Terkejut saya dibuatnya! Saya terus kaku sebab saya tahu itu bukan tangan mak saya sebab kalau itu tangannya, mesti saya akan rasa pergerakan dari lengannya yang berada di sisi sebelah saya. Ini tidak!


Saya terasa telapak tangan itu kecil dan datang betul-betul dari mana anak patung itu berada. Nasib baik muka saya ditutup dengan bantal busuk saya, jadi saya tidak perlu lihat ke belakang. Saya tidak tahu berapa lama benda itu bermain-main dan memintal-mintal rambut saya. Yang saya tahu saya terus pusing ke arah mak saya dan paksa diri saya tidur. Besoknya saya buang anak patung itu ke dalam tong sampah. Sampai sekarang saya tidak simpan mana-mana anak patung. Seram sangat!


Sekian terima kasih!

166 views0 comments

Recent Posts

See All

Assalamualaikum Abang KC, Nama saya Qamarina. Saya merupakan peminat tegar Malam Seram yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Saya ada kisah yang ingin dikongsikan bersama dengan pembaca blog Malam S

Assalamualaikum KC, Saya Khairul dari Kajang, Selangor. Pengalaman ini berlaku semasa sama belajar di Penang. Saya tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakan. Pernah satu hari saya tertidur pada waktu

Assalamualaikum KC, Saya Izam daripada Brunei Darussalam. Cerita misteri ini mengenai pengalaman ibu dan bapa saya sendiri sewaktu kelahiran saya. Kejadian ini berlaku dekat Hospital Ripas. Ibu member