top of page
Search

ARWAH POCONG PENASARAN


(UNTUK DENGAR MUZIK LATAR SAMBIL MEMBACA TAP "LISTEN IN BROWSER")

Assalamualaikum kc,


Nama saya anna. Saya ingin menceritakan tentang arwah Abang kepada arwah ayah saya.


Mereka adalah orang indonesia yang tinggal dijohor bahru sudah sekian lama. Orang madura. Keturunan keluarga belah ayah memang kesemuanya dipanggil 'orang-orang pintar' either black magic or white magic. nenek pula seorang bidan kampung. Semuanya mempunyai kelebihan masing2.


Dipendekkan cerita, Arwah abang kepada Arwah ayah (ilmu putih) saya. Nama samaran Ali. Beliau mempelajari ilmu hitam dan pengamal ilmu hitam. Cerita seram ni bermula setelah beliau meninggal dunia.


Seperti yang kita tahu, setelah seseorang itu meninggal dunia, 44hari arwah atau qorin akan gentayangan. Ketika itu umur saya baru sahaja 4-5tahun. Saya sejak kecil lagi sudah mempunyai 6sense dan boleh melihat makhluk halus. Setelah Ali meninggal dunia, arwah ayah( ketika masih hidup )tidak dapat menziarahi bila abangnya sudah tiada. Ibu saya mengatakan kerana ayah tidak setuju dengan perbuatan atau ilmu yang dituntut oleh si arwah abang.


Sejak kematian Ali, setiap malam pukul 2lebih- 3pagi rumah kami dijohor (rumah kayu) sekarang rumah batu dah renovate kc hehe. Akan kedengaran ketukkan dipintu , tingkap dan ketukkan itu mengeliling kawasan rumah kami dan kedengaran suara Ali memanggil nama arwah ayah (Parnomo) dengan suara yang amat amat menyeramkan sambil meminta tolong. Parnomo tolong aku~! Dan beliau (Ali) berkeadaan berKAFAN!


Pernah sekali waktu maghrib, tiada siapa dirumah kecuali saya(umur 4-5tahun) dan ibu sedang berada dipintu dapur ingin memakai sepatu untuk keluar rumah. Dari pintu dapur saya ia akan mengadap ke sebuah pintu bilik dibelah kiri. Waktu itu pintu bilik terbuka luas dan saya melihat ada sesusuk tubuh berKAFAN memandang tepat ke arah saya iaitu PAKCIK saya, ALI ! Kelihatan wajah sungguh jelas. Saya amat bertuah kerana waktu itu,muka yang dipamparkan kepada saya adalah wajah asli beliau. TETAPI Yang mengerunkan ialah dia senyum sinis sampai ke telinga sambil mata beliau terbeliak luas.


Saya memberitahu ibu, lalu Ibu seorang yang tak kuat semangat beliau terus berkomat kamit membaca surah2 dan bergegas keluar dari rumah dengan saya. Oleh kerana sudah terlalu kerap Ali menunjukkan kewujudan beliau. Arwah ayah , melalukan sesuatu yang saya sendiri tidak pasti, yelah masih kanak2 dan saya dilarang untuk tahu menauh apa yang ayah lakukan.


Alhamdulillah setelah itu Ali tidak lagi datang dan menghantu kami sekeluarga. Sehingga kini kc muka Ali tersenyum sinis, mata terberliak dengan berwujud sebagai pocong tidak dapat saya lupakan walaupun sudah lebih 28tahun yang lalu.


Harap kc dapat membaca kisah saya dengan peminat2 malam seram.

Jika ada rezeki saya akan kirim kan lagi cerita mistik, seram , pengalaman yang saya alami.


Terima kasih. Assalamualaikum.


1,305 views1 comment

Recent Posts

See All

1 Kommentar

Mit 0 von 5 Sternen bewertet.
Noch keine Ratings

Rating hinzufügen
shelincelin123
02. Apr. 2023

PROMO KHUSUS BULAN INI !!

JANGAN LEWATKAN KESEMPATAN BAGUS, KESEMPATAN BERGARANSI TERBATAS BULAN INI.

BONUS 80% DEPOSIT UNTUK NEW MEMBER.

BONUS RE-DEPO 10% TANPA SYARAT (SEUMUR HIDUP) <a href="https://lion78slot.xyz">kunjungi</a>

Gefällt mir
bottom of page