Search

Bau Asap Bakar Dalam Rumah

Assalamualaikum KC,


Saya Nur Fatimah dari Perak, Malaysia. Saya mempunyai satu persoalan, adakah bau asap bakar daun-daun kering dan ranting pokok ini salah satu yang boleh digolongkan dengan "buatan orang"? Sebabnya sejak akhir tahun 2018 sehingga sekarang, ada saja bau asap bakar sampah, bau daun-daun kering yang dibakar, hampir setiap hari.


Saya tidak bekerja, duduk rumah temankan mak, borak-borak dengan mak. Mak saya yang mula perasan ada bau asap dalam rumah. Lama-kelamaan saya pun berasa pelik, mana datang bau asap ini? Jiran-jiran kalau hendak bakar sampah pun biasanya pada waktu petang. Sampaikan kami terbatuk-batuk dan merasakan mata kami pedih. Terpaksa tutup semua pintu dan tirai tingkapi, tak nak bau asap masuk ke dalam rumah. Kadang sampai saya sendiri boleh nampak asap putih di dalam rumah.

Peliknya, sebab bau asap hanya berlegar pada hari Isnin hingga Jumaat, kadang selang sehari dua tak bau asap, selepas itu bau semula. Sabtu dan Ahad memang tidak ada bau asap. Saya pun tidak tahu kenapa. Beberapa hari juga saya menintai luar rumah, ada ke jiran yang membakar sampah tetapi tidak ada pun. Asap bakar pun tidak nampak. Tahu-tahu ada bau bakar sampah. Saya rasa begitu pelik sangat.

Baru-baru ini saya ada membuat ruqyah sendiri dan pagarkan rumah. Sejak hari itu tidak ada lagi bau asap yang saya ceritakan tadi. Makin saya ragu-ragu dibuatnya. Adakah ini buatan orang atau memang semulajadi? Saya tawakkal saja. Keselamatan pun semua sudah dijaga, ibadah pun Insya Allah akan diperbaiki lagi. Kalau hendak terjadi benda yang tidak elok, biarlah dicegah dari awal.

Ok itu saja. Terima kasih dan selamat malam.

Assalamualaikum!

1,014 views0 comments

Recent Posts

See All

Assalamualaikum Abang KC, Nama saya Qamarina. Saya merupakan peminat tegar Malam Seram yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Saya ada kisah yang ingin dikongsikan bersama dengan pembaca blog Malam S

Assalamualaikum KC, Saya Khairul dari Kajang, Selangor. Pengalaman ini berlaku semasa sama belajar di Penang. Saya tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakan. Pernah satu hari saya tertidur pada waktu

Assalamualaikum KC, Saya Izam daripada Brunei Darussalam. Cerita misteri ini mengenai pengalaman ibu dan bapa saya sendiri sewaktu kelahiran saya. Kejadian ini berlaku dekat Hospital Ripas. Ibu member