top of page
Search

Bayangan Perempuan Keluar Dari Tandas Bilik

Assalamualaikum KC,


Saya ingin kongsikan kisah yang mungkin tidak berapa seram di rumah saya yang ketika itu agak baru. Kisahnya berlaku pada tahun 2009. Masa itu saya berada di dalam darjah 4 dan kami baru beli rumah di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang. Saya memang tidak biasa tidur di rumah itu keseorangan diri, biasanya saya akan tidur di bilik kakak saya.


Sampailah ke satu hari saya, adik saya dan kakak tidur sekatil dan pada masa itu saya tidak boleh hendak tidur entah kenapa. Saya asyik merenung ke arah tingkap sebab katil berhadapan dengan tingkap. Banyak perkara yang bermain di dalam benak fikiran saya ketika itu dalam saya cuba hendak lelapkan mata, namun perkara yang menakutkan tidak sekali terlintas.


Tiba-tiba saya ternampak satu bayangan seperti seorang perempuan yang lalu keluar dari tandas bilik kakak saya dan bayangan itu panjangnya sama panjang dengan pintu tandas, lalu saya diam terpaku. Bayangan itu boleh dilihat melalui pancaran bulan yang bersinar melalui tingkap. Setelah lama saya memerhatikan bayangan perempuan itu, saya terus menendang adik saya supaya dia bangun.


Dengan rasa marah, adik saya pun terjaga. Namun apabila saya pandang semula ke arah tingkap itu, bayangan perempuan pada awalnya yang saya nampak sudah hilang. Persoalan yang masih bermain di dalam benak fikiran saya hingga ke hari ini, siapa perempuan itu dan dari mana dia datang dan hilang begitu saja?


Itu saja kisah perkongsian dari saya. Terima kasih KC dan selamat malam...

245 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page