top of page
Search

Berbulan Madu Di Bukit Fraser...

Assalammu'alaikum KC dan pembaca blog Malam Seram,


Nama saya Ikhwan dari Shah Alam. Di sini saya ingin menceritakan pengalaman berbulan madu di Bukit Fraser. Saya berbincang tempat bulan madu dengan isteri dan kami memilih Bukit Fraser sebagai tempat berbulan madu. Kami berdua bersetuju untuk ke sana kerana kami tidak pernah menjejakkan kaki di situ. Kami menempah bilik di laman Booking.com dan tertarik dengan sebuah hotel bernama S****** I**.


Tiba hari berangkat ke Bukit Fraser, kami tiba di sana lebih kurang pukul 3 petang. Saya dan isteri pergi ke hotel yang ditempah dan saya terperasan di depan hotel kami ada sebuah banglo yang agak usang, tapi saya tidak terfikir apa-apa tentang rumah itu dan terus ke hotel untuk "check-in" ke dalam bilik. Petang itu biasa saja selepas dapatkan bilik kami berdua keluar berjalan sekitar kawasan Bukit Fraser, makan, minum dan bergambar dekat pekan sambil menghirup udara segar kawasan itu.


Dipendekkan cerita, pada waktu malam sekitar pukul 10.15 malam, saya dan isteri ingin lagi bersiar-siar di luar hotel sambil berjalan kaki menuju ke kafe melalui jalan depan banglo pekan yang usang tersebut. Nasib kami tidak begitu baik kerana kafe itu sudah pun tutup. Terpaksa kami berpatah balik ke bilik hotel. Setibanya di hotel, saya memang pada awalnya tidak syak apa-apa tentang rumah banglo yang usang itu, lalu terus menuju ke bilik. Tiba-tiba isteri menegur ada belalang kunyit besar di depan pintu bilik saya! Saya tangkap belalang itu dan masukkannya ke dalam tong sampah di lobi lif tingkat bilik hotel kami.


Pada malam itu sedang kami menonton televisyen, saya rasa macam ada orang memerhatikan kami dalam bilik tetapi saya buat tak tahu. Kemudian saya mencapai rokok dan membakar puntungnya. Isteri saya melarang saya dan menyuruh saya hisap rokok di luar beranda bilik hotel kami. Bilik kami betul-betul menghadap banglo besar usang itu. Sambil hisap rokok sempat saya memerhati sekeliling banglo itu. Waktu itu jam 12.30 malam, saya tertanya pada diri sendiri kenapa ia dikosongkan dan kenapa tidak dimajukan? 


Selepas habis menghisap rokok saya lihat isteri sudah nyenyak tidur di atas katil. Kemudian saya menuju ke bilik air untuk basuh kaki dan mahu tidur. Setelah keluar bilik air, sedang saya mendekati isteri untuk tidur, saya terdengar bunyi seperti ada orang sedang mandi di dalam bilik air yang baru saya keluar tadi. Saya tarik selimut dan tutup muka dengan bantal kerana takut sangat sampai tertidur.


Seawal pagi selepas sarapan, saya terus "check-out" untuk tinggalkan hotel itu dan memberitahu isteri bahawa Bukit Fraser tidak berapa seronok sedangkan itu saja alasan untuk saya memujuknya untuk menukar tempat ke Cameron Highland pula. Perkara yang terjadi malam tadi itu saya tidak ceritakan padanya supaya tidak mengganggu pengalaman bulan madu kami. Tetapi tidak habis di situ sahaja. Semasa perjalanan turun dari Bukit Fraser, saya rasa kereta saya memang berat seperti penuh barang di dalam. Saya baca surah-surah suci dan Alhamdulillah rasa berat itu semakin kurang.


Terima kasih! 

199 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page