top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Bercuti Di Bukit Fraser Seram

Kiriman emel dari Nur

Asal, Kuala Lumpur, Malaysia


Assalamualaikum KC dan peminat Malam Seram, Panggil saja saya sebagai Nor yang berasal dari Kuala Lumpur. Jangan sebut nama penuh saya ya KC. Saya ada sebuah kisah yang pernah saya alami agak lama dulu sewaktu saya masih lagi muda remaja dan belum berumahtangga. Kisah ini berlaku diBukit Fraser, Pahang. Kami bercuti diBukit Fraser bersama sebuah lagi keluarga iaitu bapa saudara saya. Kami bercuti dalam sebuah banglo yang besar disana. Banglo tu ada lebih kurang 4 bilik semuanya jika tak salah saya. Satu bilik dibahagian bawah dan 3 bilik lagi di bahagian atas. Tapi satu dari 4 bilik tu dikunci tanpa saya tahu mengapa. Jadi keluarga pakcik saya dan keluarga saya iaitu ayah saya masing2 dapat sebuah bilik. Mereka ditempatkan dalam 2 bilik dibahagian atas manakala saya pula terpaksa berkongsi bilik dengan pembantu rumah pakcik saya yang diberi nama Lily di bilik bahagian bawah. Banglo tu agak terpencil dan milik sebuah syarikat dimana pakcik saya bekerja.


Pada malam pertama kami disitu, saya telah diganggu. Lily pula tidur lebih awal dari saya dalam jam 10 malam. Manakala saya pula kerana terleka membaca novel hinggakan tak sedar jam sudah menunjukkan ke angka 1 pagi. Sedang tekun membaca novel, tiba2 bahagian pintu bilik saya seperti dibaling bola tennis dengan kuat. Hati saya berdebar2 dan mula rasa tak sedap hati. “Siapa pula yang membaling bola tengah2 malam ni?” bisik hati saya. Saya terdiam seketika. Beberapa minit kemudian sekali lagi pintu bilik seperti dibaling bola tennis lagi. Saya terus menyimpan novel itu dan dengan terketar2 mengambil Yassin yang memang saya bawa kemana2 tu dan baca perlahan2 dalam keadaan takut. Tapi masaalahnya KC. Semakin saya membacanya, semakin macam2 gangguan pula saya hadapi… Masa tu saya dengar pili yang berada dalam bilik air seperti dibuka orang. Bunyi shower juga amat kuat seperti ada orang sedang mandi dalam bilik air tu. Saya mula merasakan amat takut sekali KC. Saya cuba kejutkan Lily tapi malangnya dia tidak mengendahkan saya dan tidur begitu nyenyak sekali. Saya pun bangun dan terus membuka lampu bilik yang sebelumnya ditutup dan hanya lampu kecil tepi katil je terbuka kerana ingin membaca novel. Badan saya semakin menggigil kerana ketakutan. Saya takut nak melihat apa yang ada didalam bilik air yang terletak betul2 dihadapan katil saya. Saya terus menekup muka saya dengan bantal dan menarik selimut. Dalam hati hanya mampu berdoa agak semua ini berhenti dan cepatlah pagi.


Beberapa ketika saya dengar suasana agak riuh dekat luar pintu bilik saya. Seperti ada orang diluar sedang bermain2 di Kawasan berhampiran dengan bilik saya. Oh ya KC untuk pengetahuan KC dan pendengar, bilik ni ada dua pintu satu terus ke luar rumah dan satu lgi dibahagian dalam banglo tu. Gangguan itu dari pintu yang menghadap luar padan kecik dan pokok2 bunga dikeliling banglo itu. Akhirnya saya tak dapat tido kerana terlalu byk gangguan sampailah saya terdengar azan subuh pagi tu. Saya nekad bangun ke bilik air untuk ambil wudhuk. Memang benar KC bilik air tu basah seperti ada orang mandi dan air dalam tab tu juga masih terbuka. Persoalannya saper yang buka KC Saya tawakal je KC, ambil wudhuk dan menunaikan solat subuh. Siang tu saya mengadukan hal ni pada ayah saya. Terus ayah suruh saya tidur dalam biliknya dibahagian tingkat atas pada malam berikutnya kerana kami bercuti 3 hari 2 malam disitu. Balik dari bercuti, barulah saya tahu yang ada 2 bilik iaitu satu dibilik bawah yang mana saya tidur sebelumnya dan 1 lagi dibahagian atas (yang atas ni memang dikunci KC) memang kerap ada gangguan. Memang geram pun ada dengan pakcik saya tu. Kerana dia tak percayakan benda2 macam tu, dia bagi saya tidur di situ Bersama Lily. Ayah saya agak marah dengannya. Lepas kejadian tu KC memang kami tak jejak lagi ke situ sampailah sekarang. Walaupun pernah beberapa kali lagi diajak kesana. Tapi pengalaman itu sudah cukup membuatkan saya takkan jejakkan kami ke sana lagi. Thank you.

11,918 views2 comments

Recent Posts

See All

2 bình luận

Đã xếp hạng 0/5 sao.
Chưa có xếp hạng

Thêm điểm xếp hạng
sivanesan kandiah
sivanesan kandiah
28 thg 12, 2023

Bukit fraser ini waktu malam sunyi...bisik pun boleh kedengaran kat kawasan lain. Jadi kalau cakap biasa, bergelak gelak kuat dalam kumpulan akan riuh sekampung. Bunyi binatang seperti monyet boleh dengar dengan jelas, kadang kadang jeritan binatang ni seandai ada orang menjerit. Takde hantu kat bukit fraser...yang buat cerita hantu ni biasa orang yang tak biasa duk kat bukit fraser...jadi faham faham lah...ni kawasan dilitupi


Thích

Khairul Anwar Subari
Khairul Anwar Subari
02 thg 10, 2020

Best cerita ya.kipidap

Thích
bottom of page