top of page
Search

Bilik Sewa Berhantu Di Kuala Lumpur


Saya tinggal di rumah sewa ini dengan dua orang kawan saya iaitu ira dan alia (bukan nama sebenar) agak lama. Sudah menjadi kebiasaan apabila kami diganggu di rumah itu. Tapi sejak sesuatu kejadian yang menyeramkan berlaku di depan mata kami, kami tekad untuk mencari dan pindah ke rumah baru.

Untuk pengetahuan kc rumah ni ada 3 bilik dan bilik nombor 3 ini adalah bilik yang kami semua tahu ada "penghuni" yang menetap. Kenapa? Sebab kami bertiga tidur di dalam bilik no 2 sebab hanya bilik tu yang ada aircon dan bilik tu bersebelahan dengan bilik no 3. Bilik no 1 kami letak barang kami seperti pakaian dan sebagainya dan bilik ni jauh daripada bilik no 2 dan 3. Pada malam hari kami akan terdengar bunyi ketukan di dalam bilik no 3. Dan sejak hari tu kami tahu yang kami tinggal berempat bukan bertiga.

Satu hari saya balik awal berbanding kawan saya jadi saya soranglah kat rumah tu. Lepas balik dah mandi dah makan semua saya duduk di ruang tamu main handphone tengok tv sambil tunggu kawan saya untuk balik sehingga saya terlelap. 


Bila saya tersedar saya tengok jam dah pukul 7 lebih. Jadi saya ingatkan mungkin kawan saya dah balik sebab saya terdengar bunyi paip hujan. Jadi saya fikir salah sorang kawan saya tengah mandi. Tiba2 saya nampak alia berdiri di depan bilik no 3. Ruang tamu bersebelahan dengan bilik tu. Saya pun tegur dia. Saya cakap "eh alia. Kau buat apa kat situ? Ira tengah mandi ke?" Alia tak endahkan saya dan masuk ke bilik no 3 dan tutup pintu. Saya pun pelik sebab kami semua tahu bilik tu boleh dikatakan berhantu. Semasa saya nak bangun nak pergi ke bilik tu tiba2 pintu masuk rumah sewa tu dibuka dan saya nampak 2 kawan saya yang baru balik dari U.


Saya terkaku sbb baru je saya nampak alia masuk bilik no 3 dan macam ada orang dalam tandas. Siapa tu? Kawan saya ira bersuara " kenapa dengan kau emy?" Saya tak jawab sbb otak saya macam tak boleh nak proses apa yang baru berlaku. Saya pergi ke 2 orang kawan saya, saya tanya "korang..... baru balik ke?" Alia jawab "ye la.... Kenapa? Kau nampak kitorang ke tadi dalam rumah ni." dengan nada yang nak mengusik. Tapi bila saya jawab "haah. Aq nampak kau alia. Kau masuk bilik no 3 dan aku ingatkan ira tengah mandi sebab aku dengar bunyi paip hujan dalam tandas." Mereka terkejut dan terkaku.


Ira bersuara "kau biar betul. Jangan takutkan kami" alia menyampuk "entah2 kau tipu" baru saja saya nak jawab tiba2 kami terdengar bunyi seretkan dan ternampak cofee table dekat ruang tamu bergerak dengan sendirinya sehingga ia berada di hadapan bilik tu. 


Kc percaya atau tak kami sendiri nampak kc. Kemudian tv dia ruang tamu bertukar siaran dengan sendirinya. Kami semua dah takut sangat jadi kami nak keluar. Belum sempat kami nak keluar, kedengaran pintu bilik di buka dan kami dengar suara yang menyeramkan berkata " nak pergi mana tu~~~~". Kami lari keluar rumah naik kereta dan pergi ke rumah kenalan kawan saya dan tinggal disana sehingga kami dapat jumpa rumah sewa yang baru.


Itu je lah pengalaman saya. Kalau kisah saya panjang kc nak pendekkan takpelah sebab saya pun tak tau cam ne  lagi nak pendekkan citer ni. Terima kasih kc selamat Malam Seram


Disclaimer: Cerita yang anda baca mungkin dibuat-buat dan mungkin benar-benar berlaku. Bacalah dengan minda yang terbuka dan jangan terlalu mudah percaya, jangan terlalu taksub dan jangan juga menolak ia kemungkinan boleh berlaku. Rujuklah pada pakar yang arif dan yang bertauliah.

1,935 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page