top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

BUNYI MISTERI ORANG BERJALAN DI SILING RUMAH


(UNTUK DENGAR MUZIK LATAR SAMBIL MEMBACA TAP "LISTEN IN BROWSER")

Assalamuaikum KC,

Saya ingin berkongsi sebuah kisah. Sebenarnya saya telah mengirimkan emel kisah ini pada emel KC sebelum ini tapi tak lama selepas itu KC telah menggunakan alamat emel baru, jadi saya ambil keputusan untuk menghantar semula kisah ini. Untuk makluman KC, saya sebelum ini mendengar KC melalui radio ketikan saya dan suami menetap di Johor Bahru. Kemudian, saya dan suami berpindah ke utara Malaysia kerana saya sambung belajar Master pada tahun 2018. Kini, saya mendengar melalui Youtube atau Spotify ketika saya sedang membaca journal article atau menulis thesis.


Kisah yang saya ingin kongsikan adalah kisah yang saya dan suami saya alami. Kejadian ini berlaku di rumah kami di Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Rumah ini sebelum ini merupakan rumah bapa saya. Kemudian, saya beli kerana saya bekerja di Johor Bahru.

Ketika kejadian itu berlaku lebih kurang 2 tahun selepas saya berkahwin. Rumah kami merupakan rumah teres satu tingkat dengan 3 bilik tidur. Kemudian, bapa saya telah mengubahsuai rumah dengan menambah sebuah bilik tidur kerana siling rumah ini agak tinggi.

Saya telah menetap di rumah ini sebelum saya berkahwin. Setelah saya berkahwin, suami saya berpindah ke Johor Bahru dan menetap bersama-sama di rumah ini. Saya dan suami menggunakan bilik master bedroom di tingkat bawah berdekatan dengan ruang tamu. Setahun kemudian, adik ipar saya, ketika itu sedang praktikal menumpang di rumah kami selama 3 bulan. Adik ipar saya menggunakan bilik tidur bersebelahan dapur.

Hubungan kami di awal perkahwinan agak baik. Namun, setelah masuk tahun yang kedua, saya dan suami kerap bergaduh. Gaduh kadang-kala hampir bercerai. Padahal kami ni kira loving couple. Sebabnya saya dan suami saya boleh dikatakan bercinta selepas berkahwin kerana tempoh perkenalan, bertunang hanya 3 bulan.

Dalam tempoh itu juga, saya mendengar bunyi-bunyi pelik di siling rumah saya. Bunyi orang jalan sambil menghentak kaki, kalau di siling bilik air pula bunyi orang seperti berlari dan kadang-kala hentak kaki yang sangat kerap. Bila saya mengadu pada suami, dia kata itu hanya bayangan saya sebab saya ini penakut orangnya.

Saya cuba fikir positif, mungkin ada orang duduk kat bumbung rumah atau siling saya. Bila saya beritahu suami saya, suami saya katakan itu mustahil sebab siling dengan bumbung agak rendah. "Mungkin kucing kot, tak pun musang", kata suami saya. Saya pun iyakan saja apa yang suami saya cakap. Tapi dalam hati saya rasa bukan kucing atau musang sebab memang bunyi orang atau manusia berjalan dan hentak kaki.


Satu hari, suami saya beritahu saya, dia dengar orang ketuk dinding luar rumah. Macam bunyi orang ketuk dinding pakai pensil atau kayu yang kecil. Suami saya ni suka tonton TV sampai lewat malam. Kadang-kala pukul 2 atau 3 baru masuk tidur. "Dia nak suruh awak tidur awal tu", saya cuba melawak pada suami saya. Dia hanya terdiam.


Satu persatu kejadian pelik mula berlaku. Setiap hari mesti ada tikus mati di laman rumah saya. Ada orang baling telur di dapur rumah saya. Sampailah pada satu petang selepas pulang dari tempat kerja, saya berbaring di katil bilik saya. Saya dengar bunyi seperti orang mencakar dinding rumah saya. Waktu itu lebih kurang 6 lebih petang. Saya mula-mula buat tak peduli tapi bunyinya makin kuat seakan-akan nak tarik perhatian saya.

Saya terus duduk dan telefon suami saya. "Hello awak. Rumah ni lain macamlah, makin pelik bunyi yang saya dengar." Suami saya : "Sabarlah, nanti lama-lama ok" "Saya dah tak boleh sabar ni. Saya nak mintak tolong paman saya" Suami saya :"Ikut awaklah".

Paman saya ni adalah adik kepada mak saya. Dia mempunyai kelebihan untuk mengubat orang. Saya terus call paman saya; "Hello assalamualaikum paman. Nak minta tolong tengokkan rumah ni. Macam-macam dah bunyi pelik kat rumah ni". Paman saya terus cakap pada saya,"Hmm, ada benda kat belakang rumah tu. Cuba tengok. 1 meter dari pagar belakang.

Saya telefon suami beritahu apa yang pakcik saya beritahu tentang benda yang ada di belakang rumah. Suami saya : "Ni dah nak malamlah, tunggu jelah saya balik rumah kejap lagi".


Saya sudah tidak tahan dengan bunyi-bunyi pelik. Makin ketara bunyinya KC. Makin kuat dan makin kerap bunyinya. Jadi, saya cekalkan hati, saya pandu kereta saya ke lorong belakang rumah saya. Sebabnya pintu untuk ke belakang rumah saya tersekat dan susah untuk dibuka. Jadi memang sangat jarang kami keluar ke belakang rumah kecuali kalau kami upah orang potong rumput di belakang rumah.


Saya pandu kerata ke belakang rumah saya. Alangkah terkejutnya saya melihat satu seluar dalam hitam diletakkan di pagar rumah saya. Saya cari ranting kayu untuk saya ambil seluar dalam tersebut. Saya telefon semula paman saya, "Paman, ada seluar dalam hitam kat pagar ni. Macam mana ni?"


Paman saya : " Kau bakar seluar dalam tersebut sambil membaca ayat kursi. Pastikan semuanya terbakar, tak ada yang tertinggal ". Saya hantarkan WhatsApp pada suami saya beserta gambar seluar dalam tadi. Suami saya suruh saya bawa seluar dalam tersebut ke depan rumah dan biar dia yang bakar.

Elok saya sampai ke depan rumah, suami saya dan adik ipar saya pun sampai ke rumah. Suami saya ambil minyak tanah dan curah ke atas seluar dalam tersebut. Lalu suami saya menyalakan api untuk bakar seluar dalam hitam tersebut. Saya dan suami sama-sama membaca ayat kursi. Alhamdulillah selepas itu saya sudah tidak mendengar bunyi-bunyi pelik lagi.


Selepas kami bakar seluar dalam tersebut, barulah adik ipar saya menceritakan kejadian pelik yang dia alami di bilik belakang. Dia menceritakan dia pernah nampak seorang lelaki keluar berpakaian serba putih keluar dari rumah kami dan waktu itu lebih kurang 12 lebih tengah malam. Dia juga pernah mendengar suara suami saya memanggil dia ketika dia berada di bilik air sedangkan ketika itu suami dan saya telah pergi ke tempat kerja.

Malah, dia juga pernah mendapati laptopnya yang telah dimatikan sebelum dia keluar bilik, laptop itu hidup semula selepas dia masuk semula ke bilik. Adik ipar saya juga pernah ketika sedang bermain handphone, lampu bilik tiba-tiba termati sendiri. Dia ingatkan blackout, tapi bila keluar ke ruang tamu, dia lihat saya sedang menonton TV dan lampu semua menyala. Dia ingatkan lampu rosak, dia matikan suis dan hidupkan semula lampu. Elok je dia jalan ke katil, lampu termati semula. Dia terus ambil kunci kereta dan keluar rumah minum di kedai. Dan akhirnya dia juga beritahu saya dari awal dia tumpang rumah kami dia sudah nampak seluar dalam tersebut, tetapi dia ingatkan suami saya yang letakkan di situ. Sabar jelah kan KC.

Itulah kisah kejadian yang saya, suami dan adik ipar alami. Seluar dalam hitam itu sampai sekarang kami tidak tahu siapa yang letak. Ada beberapa orang yang kami syak, antaranya bekas teman lelaki saya sebab dia pernah bagitahu dan tunjukkan pada saya minyak pengasih yang dia ada. Malah suami saya syak orang yang pernah offer suami saya untuk beli rumah ni, tapi suami saya tak nak jual sebab rumah ni atas nama saya. Tapi setakat syak jelah, nak tuduh tak ada bukti kukuh. Apa pun semoga kita semua dilindungi Allah.

--

Sekian, terima kasih. Amal

940 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page