top of page
Search

Dari Pengalaman Histeria ke Jinjang Pelamin

Salam KC,


Ini merupakan pengalaman seram saya semasa saya masih bersekolah di sekolah menengah. Waktu itu umur saya baru berusia enam belas tahun. Semasa itu saya ada menaruh perasaan terhadap seorang gadis yang sebaya dengan saya. Tapi apa yang saya baru tahu gadis yang saya minat itu, dia ada gangguan makhluk halus menurut apa yang diberitahu oleh kawan saya.


Pada mulanya saya tidak percaya, sehinggalah saya melihat sendiri dengan mata kepala saya bahawa dia mengalami gangguan histeria sewaktu salah satu perhimpunan di sekolah. Selepas itu memang kerap kali dia mengalami gangguan histeria bila ada acara perhimpunan di sekolah. Kadang-kadang dia pengsan sebab terlalu penat meronta, tapi selalunya dia terpekik-pekik.


Kisahnya jadi macam ni. Satu hari dia mengalami histeria, saya pun ambil kesempatan untuk jadi hero, saya dengan penuh keyakinan diri membaca surah-surah yang diambil dari filem popular arahan Syamsul Yusof Munafik 2. Dalam filem Munafik 2, ada banyak surah-surah untuk menghalau jin. Saya dengan beraninya (maklumlah orang ramai masa itu, jadi taklah rasa takut sangat) terus baca dan baca.


Selepas apa yang saya baca kepadanya semacam menjadi, dia dari histeria terus jadi ok. Kawan-kawan pun berkata sambil memuji kebolehan saya, "Wah! Betul hebat kau ni.. Lepas ni mesti Ainur (nama samaran gadis itu) minat kat kau..." dan betul, waktu saya hendak balik, dia datang berjumpa dengan saya, cakap terima kasih dan sejak itulah kami jadi rapat. Sejak itu kalau si Ainur histeria lagi, sayalah yang akan dipanggil untuk membaca surah. Yang lain semua takut.


Satu malam saya terbangun lebih kurang 12:30 malam macam itulah.. Saya ternampak ada sesuatu tengah duduk bercangkung di sudut bilik saya, betul-betul di kawasan belakang pintu. Jadinya, saya hendak keluar tidak boleh dan saya hendak membaca surah-surah pun dah tergagap sebab ketakutan. Benda tu mula bersuara; "Kenapa kau takut sekarang ni? Selama ni kau berani dengan aku, sampai kau boleh baca lagi depan aku.. sekarang kau takut pula hehehe..." Suara dia Ya Allah! Menyeramkan! Saya selubung badan dengan selimut, ambil telefon bimbit dan buka surah AL-BAQARAH dan saya terus pejam mata dan cuba tidur semula...


Sejak hari itu, saya dah takut hendak bacakan surah pada Ainur kalau dia histeria lagi, takut kalau benda itu ganggu saya pula. Tapi saya tetap menolong carikan ustaz yang boleh halau benda itu. Akhirnya benda itu hilang, Ainur pun dah bebas dari benda dan sekarang kami dah mendirikan rumah tangga...


Terima kasih KC kerana ketengahkan kisah saya...

Wassalam!

217 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page