Search

Dia Ikut Pulang!

Assalamualaikum KC,

Saya Ahmad ingin berkongsi pengalaman yang terjadi pada saya sekitar sebelas tahun dahulu ketika saya tinggal di kawasan Tampines di Singapura. Saya tinggal di tingkat tiga. Masa itu, umur saya baru sahaja empat belas tahun. Saya selalu pulang ke rumah apabila masuk waktu Maghrib selepas bermain bolasepak dengan kawan-kawan yang tinggal di blok yang sama dengan saya.


Pada satu hari apabila saya pulang ke rumah sekitar waktu yang saya katakan awal tadi iaitu waktu Maghrib, rumah saya tiada orang pun. Keluarga saya semua pergi makan angin di luar negara. Bila saya buka pintu rumah saya, seperti kebiasaan saya akan memberi salam. Selepas itu saya terus ke dapur untuk mandi. Di ruang tamu saya, saya tidak menghidupkan lampu, cuma di bahagian dapur dan bilik mandi saja.


Apabila saya sedang mandi, saya terdengar ada orang mengetuk pintu bilik mandi yang sedang saya gunakan itu. Tetapi saya tidak menjawab apa-apa apabila terdengar ketukan itu. Kerana ia hanya sekali sahaja. Apabila selesai mandi, saya keluar dari bilik mandi dan saya ternampak kakak saya di ruang tamu sedang berdiri tegak memerhatikan saya yang baru sahaja keluar dari bilik mandi.


Saya pun bertanya padanya, "Bila balik?" Dia tidak menjawab apa-apa lalu terus berjalan ke hadapan untuk memasuki ke dalam bilik tidurnya. Rumah saya apabila keluar dari dapur, di sebelah kiri adalah bilik kakak saya dan di sebelah kanan adalah bilik saya. Apabila saya keluar dari dapur dan tengok bilik kakak saya di sebelah kiri, saya perasan biliknya gelap, namun pintunya terbuka.


Dalam hati saya berkata, selalu bila kakak saya pulang ke rumah dan apabila dia sedang berada di dalam biliknya, pasti dia akan tutup pintu dan hidupkan lampu. Kakak saya jenis tidur hidupkan lampu sebab dia seorang yang penakut. Tiba-tiba bulu roma saya meremang dan saya terdengar di belakang dengan jelas ada suara sayu berkata, "Ahmad takut seorang diri dalam rumah?"


Ya Allah terperanjat saya lalu saya pun lari masuk ke dalam bilik saya dan tutup pintu. Saya ingat sudah habis di situ. Saya terdengar ada orang mencakar pintu bilik saya. Saya terdengar lagi suara yang sama berkata, "Ahmad bukalah intu, kau yang bawak aku balik ni..." dan dia mengilai! Astaghfirullah hal'adzim hanya Allah sahaja yang tahu keadaan saya masa itu. Saya punyalah rasa takut sehinggakan, maaf cakap, saya terkencing di dalam seluar!


Selepas itu, saya tutup telinga saya tetapi masih kedengaran di luar bilik saya bunyi cakaran. Saya memang tidak berani keluar dari bilik dan terus tertidur tanpa makan malam pun pada malam itu. Alhamdulillah saya sekarang sudah berpindah di tempat lain.

Itu sahaja kisah saya. Terima kasih kerana ketengahkan. Assalamualaikum!

153 views0 comments

Recent Posts

See All

Jalan "Makan Darah"!

Assalamualaikum KC, Saya ingin berkongsi kisah seram yang menghantui diri saya sehingga kini. Kejadian ini berlaku pada tahun 2016 di kawasan Mentakab di negeri Pahang. Waktu itu saya bersama tiga ora

Lembaga Hitam Menjelma Di Dalam Bilik Asrama

Assalamualaikum KC, Saya ingin berkongsi sebuah cerita yang berlaku terhadap diri saya sendiri. Dahulu saya pernah menetap di sebuah asrama di Johor Bahru. Ketika itu saya merupakan seorang pelajar di

Hijab Mata Dibuka...

Assalamualaikum dan selamat malam KC, Saya Wan Shahmi Faiz (Wan), penonton rancangan Malam Seram dari Bukit Tinggi, Klang. Cerita yang ingin saya kongsikan ini berkisahkan pengalaman yang saya lalui b