top of page
Search

Diganggu Makhluk Kerana Mengambil Hak Miliknya...

Assalammualaikum KC,


Saya Asyraf dari Pulau Pinang, Malaysia. Kisah ni terjadi pada tahun 2017. Saya merupakan seorang pelajar universiti di Kedah. Kisah yang saya ingin kongsikan merupakan pengalaman peribadi saya mengalami gangguan di asrama. Ketika itu, saya merupakan pelajar di semester pertama yang baru masuk ke universiti tersebut.


Pada hari pertama semester sekolah bermula, saya telah mendaftar masuk ke bilik asrama yang berpenghuni seramai tiga orang di tingkat empat. Bilik itu berada di penghujung tingkat asrama. Ia agak sunyi kerana bilik saya berhadapan dengan tandas dan agak tersorok daripada bilik-bilik yang lain. Kejadian ini berlaku apabila saya telah memasuki sebuah stor yang agak usang untuk mencari penyapu dan penyodok kerana saya ingin membersihkan bilik saya pada ketika itu. Saya juga telah menyimpan barang tersebut di dalam bilik saya.


Lat beberapa minggu kemudian, saya telah diganggu oleh sesuatu. Pada satu hari Khamis, rakan sebilik saya seorang pulang ke rumah kerana ada hal dan seorang lagi keluar. Saya seorang sahaja yang berada dalam bilik waktu itu. Tika lewat pagi, saya diganggu dengan bunyi ketukan dari pintu ketika saya sedang bermain permainan video di telefon bimbit. Tanpa berfikir apa-apa, saya membuka pintu dan melihat tiada sesiapapun di luar. Kemudian saya diganggu dengan bunyi cakaran dari atas bumbung. Saya pun tak mahu memikirkan apa-apa waktu itu dan gangguan terhenti di situ.


Namun benda itu mengikut saya balik ke rumah ketika cuti semester pertama. Kejadian seterusnya terjadi apabila saya sedang tidur dan tiba-tiba katil saya telah digoncang oleh makhluk tersebut. Apabila terbangun, saya tidak nampak wajahnya walaupun saya ternampak dalam keadaan samar-samar seperti sosok seorang perempuan. Ia kemudian mengilai di depan katil! Saya punyalah takut sampai terpekik, "Tak kelakar eh!" Lat beberapa minit saya terdengar macam ada sesuatu diheret di belakang tingkap bilik saya.


Tanpa memikirkan apa-apa, saya terus memutarkan ayat-ayat suci di laman Youtube. Entah kenapa dan menjadi satu misteri, saya tidak boleh memutarkan bacaan ayat-ayat suci tersebut. Saya dah tak tahu nak buat apa, saya paksakan diri untuk tidur dan akhirnya terlelap semula. Keesokan harinya, saya mengambil keputusan untuk berjumpa seorang pakar. Pakar tersebut mengatakan makhluk itu mengikut saya kerana saya mengambil hak miliknya. Selepas itu pakar tersebut berpesan, masuk stor atau tempat yang sunyi, bacalah ayat-ayat suci Al-Quran sebelum masuk.


Itu saja kisah saya. Terima kasih.

268 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page