Search

Diganggu Sewaktu Tinggal Di Asrama

Assalammualaikum KC,


Saya ingin menceritakan satu kisah yang terjadi pada diri saya pada tahun 2015. Masa itu saya berada di Tingkatan 5 dan bersekolah di sebuah sekolah di Terengganu. Saya dan sepupu bersepakat untuk tinggal di asrama untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran. Malam kedua di asrama, saya, kawan-kawan yang lain dan juga sepupu berada di dalam bilik belajar, masing-masing sibuk menyiapkan kerja tambahan.


Sepupu saya yang bernama Ayuni, memberitahu saya dia ingin ke tandas. Beberapa ketika kemudian, saya yang sedang sibuk menyiapkan kerja rumah, tiba-tiba terperasan bahawa Ayuni masih belum pulang dari tandas. Tidak lama selepas itu, saya terdengar seperti suara sepupu memanggil saya dengan nada yang sayu. Saya keluar dari bilik belajar dan ternampak sepupu saya di tingkat 3 sedang memegang palang besi koridor sambil menari dan tersenyum ke arah saya yang berada di bawah koridor di depan bilik belajar. Saya pun dengan perasaan kehairanan memanggilnya dan tertanya apa yang terjadi? Dia hanya diam sahaja.

Saya pun ajak seorang kawan saya bernama Amira untuk temankan saya naik ke tingkat 3. Sampai di tingkat 3, saya lihat kelibat sepupu saya sudah tidak ada. Saya dan Amira pandang antara satu sama lain. Saya pada ketika itu sudah fikirkan yang bukan-bukan. Saya pun lantas mula membaca surah-surah suci yang saya tahu. Saya tarik tangan Amira, dan kami berdua berlari turun tangga pergi ke ruang Musollah yang terletak di tingkat dua bangunan asrama.


Masuk ke dalam Musollah saya dapati sepupu saya sudah berada di dalam dan sedang duduk di bahagian belakang, dalam keadaan bertelekung dan baru sahaja usai melaksanakan solat Isyak. Bayangkan, jantung saya pada ketika itu rasa seperti hendak tercabut kerana terperanjat bagaimana dia dengan cepat telah pun berada di situ! Saya tanya Ayuni, kenapa dia memanggil nama saya pada awalnya? Ayuni berkata sejak dari tadi memang dia berada di dalam Musollah dan tidak memanggil saya pun. Jadi siapa yang saya nampak di tingkat 3 tadi?


Petang esoknya semua pelajar turun ke kantin untuk makan petang. Saya dan Ayuni tidak turun makan. Dalam sekitar pukul 6.30 petang, saya terdengar ada suara perempuan menangis teresak-esak di luar bilik asrama kami. Saya memang dengar dengan jelas. Ayuni datang menghampiri saya sambil bertanya samada saya ada mendengarnya atau tidak? Saya cakap saya tidak mendengar apa-apa dan mengandaikan mungkin itu mainan perasaannya saja. Padahal jelas saya dengar suara perempuan menangis. Selepas itu, saya ambil keputusan untuk tidak lagi tinggal di asrama.

Itu saja cerita yang ingin saya kongsikan. Terima kasih dan Selamat Malam....

99 views0 comments

Recent Posts

See All

Dirasuk Keluarga Makhluk Halus

Assalamualaikum KC, Nama saya Syiqah. Kisah ini berlaku pada tahun 2010. Ia berlaku di kawasan Jurong West street 42 ketika kami hadir ke satu sesi barbeku kelolaan bekas teman lelaki saya. Di kawasa

Ada Benda Duduk Di Tempat Duduk Belakang Kereta

Assalamu'alaikum KC, Saya Shah dari Johor ingin berkongsi kisah seram saya diganggu ketika saya mahu menghantar teman saya pulang ke kampungnya di Pontian, Johor. Ketika saya hendak menghantar teman s

Gangguan Di Bilik Air

Assalamualaikum KC, Nama saya Aqil. Saya nak kongsikan kisah saya semasa saya berada di kampung saya. Waktu itu terjadi sekitar hampir pukul 10 malam. Saya dengan keluarga hendak berangkat pulang ke