top of page
Search

Dirasuk Saka Arwah Mak Saudara

Salam kepada KC yang saya minati,


Nama saya Eddy Shazly, berasal dari Kelantan. Kisah ini tentang kakak saya. Sekitar tujuh tahun lepas, kami sekeluarga mengadakan acara barbeku di depan rumah. Kira-kira pukul 10 malam, kakak saya pergi ke rumah salah seorang mak saudara kami untuk memberi sedikit ayam yang dibakar. Mak saudara kami berjiran sebelah-menyebelah saja. Jadi, kakak saya berjalan kaki pergi ke sana.


Selepas pulang ke rumah, sedang saya dan kakak sambung bakar ayam, kakak memberitahu saya yang dia terasa pening dan kaki lenguh seakan ada benda yang sedang memegang. Jadi saya tolong memapah kakak dan kami berdua masuk ke dalam rumah dan saya kemudian memicit kakinya. Kira-kira lima belas minit kemudian, kakak saya mula ketawa. Saya pun bertanya kenapa dia ketawa dan apa yang lucu sangat dalam dialek Kelantan.


Kemudian, kakak memandang saya dengan pandangan yang menakutkan dan berkata, "Jangan pegang kaki aku!" Suaranya garau! Saya memanggil Baba saya. Bila kakak saya ternampak Baba, dia seakan takut dan merapatkan tubuhnya ke dinding sambil bertanya siapa Baba? Keadaan dah mula tegang dan kecoh sehinggakan semua orang yang berada di luar masuk ke dalam rumah.


Kemudian kakak berlari ke ruang tamu, saya dan abang-abang saya memegang kakak. Betapa kuatnya dia, kami beramai-ramai memegangnya masih belum cukup untuk menahannya. Kakak terus pergi ke arah tingkap sambil meronta-ronta meminta kami lepaskannya kerana hendak pergi ke rumah "kawannya". Apabila ditanya salah seorang abang saya di mana rumah kawannya, abang saya dimarahinya, "Kau buta ke? Kat depan tulah! Aku duduk kat tangga tu, tapi perempuan ni dengan badan kotor (uzur) tendang aku. Aku masuklah...


Selepas itu, jiran depan rumah kami datang dan memberitahu kami mak saudara saya pergi ke rumahnya, berjoget-joget sambil berkata, "Hahaha... Aku dah sihat, padan muka kau!” Kami baru terperasan! Mak saudara saya sebenarnya dah lama sakit, tidak boleh bangun, makan pun perlu ada orang yang suapkan! Jadi, kami sudah dapat mengagak kenapa mak saudara kami sakit dan tiba-tiba boleh sihat selepas kakak dirasuk.


Kami memang terasa malas hendak pergi ke rumahnya untuk marah ke apa, takut ada perselisihan keluarga pula! Saya pun disuruh Mama saya pergi ke rumah Ustaz yang juga salah seorang datuk saudara saya yang juga tinggal berdekatan dengan kami. Alhamdulillah apabila dia datang untuk merawat kakak saya, sekejap saja dapat mengeluarkan jin itu dari badan kakak saya! Usai sesi merawat, mak saudara saya pengsan di depan rumah jiran.


Begitulah kalau bermain api. Lama-lama api itu akan memakan diri kita. Mak saudara menderita lama dalam setahun lebih dia jatuh sakit, dan beliau telah meninggal dunia sekitar lima tahun lepas. Lebih baik dia pergi daripada menderita kesakitan. Dulu berbadan sihat dan tubuh menjadi kecut seakan hanya tulang yang ditutup kulit sahaja keadaannya semasa sakit! Saya brharap di zaman ini janganlah lagi kita percaya atau membuat sebarang perjanjian dengan syaithan kerana ia adalah perbuatan Syirik!


Sekian wassalam!

465 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
bottom of page