Search

Dua Pengalaman Berbeza Dari Teman Sekerja


Assalamulaikum KC,


Nama saya Umar dan saya berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Saya pendengar setia rancangan kendalian KC di radio sejak dulu dan kini bila KC menjadi seorang YouTuber, saya pun mengikuti perkembangan dan rancangan Malam Seram di YouTube pula.


Di sini saya ada kisah seram untuk dikongsikan, kisah ini berlaku sekitar tiga tahun yang lalu ketika saya dalam perjalanan pulang dari kerja ke rumah kawan saya untuk lepak. Biasanya sebelum pulang, kami akan ke warung makan untuk makan malam atau pun rehat minum air sebentar untuk rehatkan minda selepas sehari suntuk bertugas. Saya membonceng motosikal dengan kawan saya dan kawan saya seorang lagi menunggang motosikalnya seorang diri. Jadi kami bertiga sahaja pada malam itu yang pergi ke rumah kawan saya.


Dalam perjalanan ke arah rumahnya, kami perlu melalui satu tanah perkuburan Islam, jadi ketika saya sedang melalui kawasan itu, kawan saya yang menunggang seorang diri itu memperlahankan motosikalnya, dan saya bertanya kepada kawan saya yang membonceng saya, "Kenapa dia memperlahankan motosikalnya?" tapi dia hanya berdiam diri sahaja. Saya pun rasa pelik, kenapa tiba-tiba kawan saya mendiamkan diri? Pada fikiran saya mungkin dia tak mendengar atau mungkin agak kurang jelas kedengaran.


Sampai di rumah kawan saya, dia memberitahu bahawa dia terdengar orang menyapanya ketika dia melalui kawasan perkuburan itu lalu telinganya berdesing dengan sangat kuat. Sebab itu dia tidak menjawab pertanyaan saya kerana terlalu tergamam dan pada yang sama, tidak mahu menegur apa-apa. Meremang bulu roma saya ketika dia memberitahu perkara tersebut, lalu kawan yang merupakan tuan rumah itu juga memberitahu yang dia juga telah diganggu sebelum ini setelah melalui kawasan tanah perkuburan tersebut.


Ada satu ketika dia tidak terus keluar dari keretanya selepas pulang, malah sempat bermain permainan dalam aplikasi telefon bimbitnya. Sedang dia asyik bermain, tiba-tiba dia pandang di kerusi sebelah dan terkejut kerana ternampak makhluk berbungkus seperti pocong. Dia memberitahu kami bahawa makhluk itu besar sampai tersentuh di siling kereta. Selepas ternampak, dia berdiam diri lalu keluar dari kereta dan berlari masuk ke dalam rumah.


Sekian dan terima kasih, Umar Uzihan

105 views0 comments

Recent Posts

See All

Akibat Tidak Tutup Tingkap

Salam KC, Saya Jalia dan kejadian yang akan saya ceritakan ini terjadi apabila saya berada di dalam menengah empat. Pada hari itu, saya mengemas bilik, turunkan langsir dan ubah posisi katil, almari d

Suara Guru Mengajar Murid Pukul Dua Lebih Pagi?

Assalamualaikum KC dan peminat Malam Seram, Nama saya Ris dan saya merupakan peminat setia Malam Seram dari negara Brunei Darussalam. Saya ingin berkongsi satu kisah pengalaman saya bekerja sebagai se

Arwah Nenek Mempunyai Enam Ekor Saka!

Assalammualaikum KC, Saya Hafizi ingin mengetengahkan kisah tentang arwah nenek saya yang memiliki enam ekor saka. Sebelum itu, ramai yang tahu bahawa kebiasaannya seseorang hanya memiliki seekor sak