top of page
Search

Gangguan Di Hostel Universiti Di Utara Semenanjung Malaysia...

Assalamualaikum dan selamat tengah malam KC,


Saya Nurul berasal dari Pontian, Johor. Saya peminat Malam Seram ingin berkongsi tentang kejadian gangguan yang berlaku pada diri saya dan teman-teman sebilik di Hostel salah sebuah universiti di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Saya tinggal di hostel bersama teman-teman yang berasal dari Johor (Ima), Kedah (Wani) dan Terengganu (Dayah).


Kejadian ini berlaku semasa minggu mengulangkaji pelajaran. Semasa kejadian ini terjadi, kesemua teman tidak pulang ke kampung masing-masing. Kami tidak pulang kerana perbelanjaan tiket mahal, iaitu RM80 untuk perjalanan sehala, jadi kami berempat mengambil keputusan untuk tinggal di hostel sahaja.


Pada satu malam itu, Ima keluar belajar secara berkumpulan sehingga lewat malam. Ima pulang dalam pukul 1 lebih pagi. Saya dan tiga orang kawan yang lain berada di dalam bilik Wani dan Dayah sudah pun tertidur. Bilik saya di tingkat 4 dan sebelah tangga. Block hostel saya berhadapan dengan lagi satu blok bangunan pelajar. Saya gelarkan blok saya sebagai Blok A dan blok hadapan kami Blok B.


Apa yang berlaku, Ima pulang berjalan kaki seorang diri sambil membuat panggilan telefon dengan teman lelakinya. Semasa berjalan, Ima terpandang Blok B dan ternampak ada seorang perempuan sedang berdiri di hujung anjung di tingkat 3. Dalam hati, Ima berkata, "Ouhhh yes ada kawan!" Ima beranggapan mungkin ada seorang pelajar wanita sepertinya sedang membuat panggilan telefon dengan keluarga ataupun dengan teman lelaki.


Ima pun naik tangga dari tingkat 1 dan ternampak perempuan tadi ada lagi, tetapi kini berada di blok kami di Blok A. Naik lagi tingkat 2 ada lagi perempuan itu. Naik tingkat 3 ada lagi dan yang membuat Ima berlari ketuk pintu bilik kami kerana dia terlihat perempuan itu rambutnya panjang dan seperti tiada raut wajah pada mukanya!"


"Assalamualaikum Nurul, Wani, Dayah! Buka pintu...! Assalamualaikum...!"


Macam nak roboh pintu bilik kami. Saya buka pintu kerana tidak tidur lagi pada masa itu. Wani dan Dayah terbangun kerana Ima mengetuk pintu bilik dengan kuat. "Eh Ima kau dah kenapa? Mana kunci bilik kau?" saya bertanya dengan terpinga-pinga. Ima tidak berkata apa-apa, namun terus masuk duduk di kerusi sambil memeluk tubuh kerana ketakutan. "Nurul, aku nak tidur dengan kau..." sambil bergetar badan Ima.


Untuk pengetahuan semua setiap bilik ada katil untuk setiap seorang tapi Ima tak mahu tidur di katilnya dan mendesak untuk tidur dengan saya. Saya bercakap dengan Ima ok cuma akan rasa sempit sedikit. Wani dan Dayah tidur semula kerana mungkin kepenatan. Saya dan Ima pula yang tidak boleh lelapkan mata. Tak aman rasanya kerana kedengaran seperti bunyi kerusi di bilik belajar di sebelah sedang ditarik-tarik. Bunyi ketukan yang kedengaran pula bunyinya seperti ada seseorang yang sedang mengetuk almari. Ima dan saya genggam tangan masing-masing. Ima sempat memutarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Kami berdua rasa takut sehingga tertidur.


Pada keesokan harinya Ima dan saya bertanya pada Wani dan Dayah, "Weh korang ada tak dengar ke semalam bunyi kerusi dan almari diketuk?" Mereka hanya menggelengkan kepala. Mungkin mereka tertidur mati. Namun Wani membuka cerita, semasa dia berada dalam keadaan mamai dan hendak tidur, dia terdengar seperti orang sedang mendengus, "Haaaa..." Dayah pula membuka cerita dia terdengar bunyi orang ketuk tingkap bilik kami.


Persoalannya, siapa yang ketuk??? Kami berada di tingkat 4 dan yang peliknya kenapa saya Dan Ima saja yang mendengar bunyi tarikan kerusi dan ketukan almari manakala kawan sebilik yang lain tidak dengar bunyi ketukan itu. Yang peliknya Wani dan Dayah mendengar dengusan nafas serta ketukan di tingkap tapi. Saya dan Ima tidak mendengarnya. Terima Kasih dan Selamat Malam Seram..!

147 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page