top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Jalan "Makan Darah"!

Assalamualaikum KC,


Saya ingin berkongsi kisah seram yang menghantui diri saya sehingga kini. Kejadian ini berlaku pada tahun 2016 di kawasan Mentakab di negeri Pahang. Waktu itu saya bersama tiga orang rakan perempuan saya bernama Miya, Amy dan Rita (kesemuanya nama samaran). Kami berempat baru pulang dari hospital melawat seorang rakan yang sakit.


Dalam perjalanan pulang ke Jerantut, kami berempat telah mendengar rancangan radio kelolaan KC dahulu. Bukan apa, kalau berjalan jauh, lagi-lagi pada waktu malam, kami akan mendengar rancangan itu di radio kereta menerusi fungsi bluetooth telefon bimbit dan menguatkan pembesar suara. Malam itu cuaca hujan renyai-renyai.


Nak dijadikan cerita saya telah melanggar lampu isyarat jalan sebab tak mahu tunggu lama. Satu kereta pun tidak ada pada ketika itu, jadi saya langgar saja. Sedang saya memandu, mata saya dan Miya yang sedang duduk di sebelah saya, tertumpu pada atas jalan bahagian kiri, seperti ada pantulan lampu atas jalan. Saya bertanya pada Miya, apakah lampu tersebut? Dia menjawab yang dia tidak tahu.

Kami berdua tidak pandang ke depan padahal saya yang sedang memandu. Tiba-tiba sedang saya perhatikan jalan itu, saya ternampak ada serpihan dan apabila saya pandang semula ke hadapan, terus bammmmmmm! Ya Allah! Saya terlanggar seseorang! Tuhan saja yang tahu betapa takutnya saya pada waktu itu. Saya terus berhentikan kereta di tepi jalan dan kami semua keluar dari kereta untuk melihat apa yang terjadi.


Ada satu kereta yang ikut belakang saya turut berhenti. Orang itu bertanya samada saya ok atau tidak. Saya pandang mukanya dan dengan suara yang terketar-ketar, saya berkata, "Saya terlanggar orang! Mana orang tu? Dia melambung..." Amy datang ke arah saya dan terus menampar muka saya dan menyuruh saya diam. Dia khuatir sekiranya saya dipukul dengan orang-orang kampung sekeliling di situ. Saya nampak ada sosok tubuh sedang terbaring atas rumput di tepi jalan. Rupanya pemandu kereta di belakang itu merupakan seorang doktor. Dia baru habis kerja dan memandu satu jalan dengan saya untuk pulang ke rumah. Dia tidak nampak saya melanggar orang, dia ternampak saya melanggar motor yang berada di tengah jalan. Doktor itu cuba tenangkan saya. Rupa-rupanya, ada kereta lain yang telah melanggar lari. Orang itu telah meninggal dunia di tempat kejadian. Alhamdulillah saya bersyukur saya ada saksi waktu itu. Kalau tidak, saya mungkin akan dituduh.

Apa yang membuatkan saya tidak tenang dan takut, anda semua ingin tahu apa yang saya nampak sebelum saya langgar orang itu? Saya nampak lelaki yang terbaring itu, sedang melutut di atas jalan, dan dia memandang tepat ke arah kereta dengan mata yang besar membulat dan muka penuh dengan darah. Saya tidak dapat elak dan dia melambung ke atas.

Kereta yang saya pandu malam itu sampai sekarang saya tidak berani hendak gunakan. Jalan Mentakab itu memang dah banyak makan darah. Hampir setiap kemalangan yang berlaku di situ, pasti akan ada yang nyawanya diragut.


Terima kasih KC...

399 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page