Search

Jelmaan Di Tengah Hari...

Selamat Malam KC,

Saya ada kisah pendek tentang makhluk di tempat kerja saya. Lokasi tempat kerja saya di daerah Lok Yang Road (Joo Koon), Singapura. Untuk pengetahuan semua, kawasan ini merupakan kawasan perindustrian yang terletak di bahagian Barat Singapura.

Sewaktu kejadian terjadi, yang hairannya ia berlaku selepas makan tengah hari dan saya sedang sibuk bekerja. Saya bekerja di dalam pejabat yang terletak di tingkat satu bangunan. Untuk menghantar dokumen-dokumen penting, saya harus ke bahagian tingkat dua. Jadi saya pun terpaksa naik ke tingkat dua tersebut. Jam menunjukkan masa itu sekitar jam 2:30 petang.


Apabila saya dalam perjalanan naik tangga untuk ke tingkat dua, saya ternampak ada seorang perempuan sedang berdiri di tepi meja kawan kerja saya. Dia memakai baju blaus putih dan dipadangkan dengan gaun putih berserta corak bunga-bunga kecil.

Dalam hati saya berkata, “Sejak bila ada budak baru masuk?

Saya tidak endahkan dan terus menuju masuk ke dalam pejabat ketua saya untuk menghantar dokumen. Saya bertanya dengan ketua saya, merupakan seorang berbangsa Cina tetapi fasih bertutur dalam bahasa Melayu, “Gladys, ada budak baru masuk ke?"


Gladys menjawab, “Hmm... Saya tak tahu. Mungkin jugalah tapi saya tak dengar berita ada orang baru masuk...” Saya pun turun ke bawah semula dan kelibat perempuan tadi sudah tidak ada lagi, hilang dari pandangan.

Kalau perempuan itu baru masuk kerja, kenapa rambutnya seperti tidak disikat? Kenapa rambutnya kusut masai seperti sudah bertahun tak sikat rambut? Kenapa mukanya seperti disimbah asid? Dan kenapa dia tenung saya dengan pandangan mata yang tajam dan besar seperti biji matanya terkeluar sedikit dari kelopak matanya?

Inilah pertama kali saya ternampak makhluk seram secara terang-terangan di siang hari.

Sekian terima kasih...

Dari: Abby Hassan

613 views0 comments

Recent Posts

See All

Assalamualaikum Abang KC, Nama saya Qamarina. Saya merupakan peminat tegar Malam Seram yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Saya ada kisah yang ingin dikongsikan bersama dengan pembaca blog Malam S

Assalamualaikum KC, Saya Khairul dari Kajang, Selangor. Pengalaman ini berlaku semasa sama belajar di Penang. Saya tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakan. Pernah satu hari saya tertidur pada waktu

Assalamualaikum KC, Saya Izam daripada Brunei Darussalam. Cerita misteri ini mengenai pengalaman ibu dan bapa saya sendiri sewaktu kelahiran saya. Kejadian ini berlaku dekat Hospital Ripas. Ibu member