top of page
Search

Kampung Felda Air Tawar 5 Diganggu Pontianak & Pocong

Assalamualaikum KC dan para pembaca blog Malam Seram,


Saya Diana dari kampung sebelah Felda Air Tawar 5. Kampung saya di Felda Air Tawar 4 Kota Tinggi. Kisah kampung sebelah yang dikhabarkan berita kurang baik diganggu oleh makhluk Pontianak dan Pocong atau hantu "Gula-Gula".


Puncanya dari penebangan pokok besar untuk dibina rumah generasi kedua Felda ini. Sejak kejadian gangguan tersebut, di Masjid Felda tersebut ada membuat sedikit acara bacaan tahlilan supaya tidak diganggu lagi, tetapi makhluk-makhluk itu keluar lebih awal, munculkan diri dari pukul 9 malam.


Ramai penduduk yang dah ternampak dan ada juga yang sempat merakam dan mengambil gambar. Pontianak itu mengganggu dengan cara datang ke rumah dan mengetuk pintu sambil memberitahu, "Tolong susukan anak saya..."


Saya rasa kalau terkena pada saya, saya sendiri cabut lari! Makhluk Pocong pula suka duduk di atas bumbung rumah dan berguling-guling di atas. Bunyinya seperti katak besar. Gambar ini sahaja yang dapat saya kongsikan kerana telah tular. Sampai ke hari ini ceritanya belum habis lagi...


Terima kasih!


438 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page