top of page
Search

Katil Ditarik Makhluk!

Writer: Peminat Malam SeramPeminat Malam Seram

Assalamualaikum KC,


Saya Hannah, ingin berkongsi pengalaman seram yang berlaku pada diri saya sewaktu saya mengandung. Ia berlaku pada tahun 2010. Pada masa itu, saya sedang mengandung tujuh bulan dengan anak saya yang kedua. Anak saya yang pertama berumur dua tahun ketika itu. Suami saya bertugas sebagai pegawai bomba, jadi setiap kali dia kena bertugas selama dua puluh empat jam, saya akan balik ke rumah ibu bapa saya di Sembawang. Mereka baru juga pindah ke rumah itu. Di sebelah blok itu, ade longkang besar. Pada waktu malam, memang keadaan kejiranan itu agak seram. Saya mula rasa tidak sedap bila setiap malam saya tidur di sana, anak saya akan selalu menangis ketakutan. Setiap kali dia menangis, bapa saya akan putarkan CD surah-surah suci. Barulah dia boleh tidur. Saya perhatikan juga bila anak saya duduk di bahagian balkoni, dia akan berbual sendirian. Saya ingatkan biasalah budak-budak dengan imaginasi dan ide kriatif. Saya tidak fikir apa-apa masa itu.


Pada satu malam, saya dan anak saya sedang tidur di dalam bilik ibu saya. Saya mudah terbangun kalau terdengar sesuatu ketika tidur. Semasa saya sedang tidur, saya rasa seperti katil bergerak seolah-olah ditolak orang. Saya ingatkan ibu saya masuk hendak tidur dengan saya. Jadi saya bangun untuk berinya tempat dalam keadaan mamai. Tapi bila saya bangun, ibu saya tidak berada di situ. Pintu bilik memang dimatikan dan hanya ada saya dan anak saya yang sedang tidur. Saya mula rasa tidak sedap hati dan seram sejuk. Saya hidupkan lampu bilik dan buka pintu bilik. Ibu saya sedang baring di sofa di ruang tamu. Saya tanya, "Ibu, tadi masuk bilik eh?" Ibu saya membalas, "Taklah, aku baring sini tonton TV..." Saya cakap, "Ibu masuk tidur dengan saya boleh?" Ibu saya pun setuju. Selepas itu, saya putarkan CD surah-surah di bilik dan sambung tidur. Pada keesokkan harinya, saya tidak beritahu ibu saya apa yang saya alami. Tak ingin takutkannya. Tapi ibu yang tanya saya,"Semalam bila kau tidur, ada rasa katil bergerak-gerak?" Barulah saya ceritakan apa yang saya alami. Kemudian ibu meminta bantuan dari kawannya yang tinggal di blok yang sama. Dia datang pada pukul 12 tengah malam yang sama bersama tiga orang pakar. Selepas mereka selesai memeriksa rumah ibu saya, mereka berkata bahawa di dalam rumah itu ada lima makhluk yang telah singgah!


Satu berada di ruang balkoni, satu di bawah meja makan, satu di dapur, satu di tandas dan satu di bawah katil yang saya tidur setiap kali saya berada di sana. Kata mereka makhluk-makhluk itu datang daripada longkang di sebelah blok dan longkang itu memang dikenali sebagai tempat orang membuang 'barang' yang mereka tidak ingin menjaga lagi. Pakar-pakar itu berkata makhluk itu mengikut saya kerana mereka 'tertarik' dengan saya yang sedang mengandung. Selepas kejadian itu, Alhamdulillah tidak ada lagi gangguan tetapi adik saya masih mengalami gangguan-gangguan kecil. Mungkin saya akan berkongsi di lain kesempatan, Insya Allah... Sekian, terima kasih...

 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
  • White YouTube Icon

© 2019 by Malam Seram.

bottom of page