top of page
Search

Kawan Hantar Pocong

Hi KC,


Saya Fir. Kisah ini bukan kisah dari saya tetapi dari sepupu lelaki saya. Ini kisah berlaku pada lewat tahun 90an. Waktu itu sepupu saya masih dalam sekolah rendah. Dia mempunyai seorang kawan sekolah yang sebaya dengannya yang katanya tahu mengamal ilmu hitam yang diajari oleh pakciknya.


Seperti orang-orang yang lain, sepupu saya tidak percayakan apa yang didengarinya. Takkanlah budak yang sebaya dengannya tahu mengamal itu semua? Setahu dia, yang tahu menahu semua selalunya dalam lingkungan pangkat pakcik-pakcik, makcik-makcik, nenek, datuk dan orang-orang yang sudah tua. Jadi sepupu saya tidak percayalah. Oleh kerana itu sepupu saya dicabar kawannya untuk membawa pulang satu barang (entah apa barang saya pun dah lupa) yang diberinya untuk membuktikan bahawa dia tidak bohong. Sepupu saya pun membawa pulang barang itu.


Sepupu saya merupakan seorang anak tunggal, kedua ibu bapanya keluar rumah balik larut malam, jadi dia seorang diri di dalam rumah. Apabila sudah lewat malam, sepupu saya terjaga dari tidur. Dia ternampak dalam biliknya ada makhluk pocong berdiri di tengah-tengah bilik menghadapnya. Sepupu saya punya terperanjat, dia berlari keluar dari bilik. Dia berlari ke arah ruang tamu dan di ruang tamu pun ada makhluk pocong juga. Sedang dalam keadaan termengah-mengah, dia berlari balik ke arah biliknya dan menutup pintu.

Dia fikir pocong di ruang tamu itu pocong dari bilik yang mengikutnya keluar ke ruang tamu jadi dia fikir kalau tutup pintu benda itu tidak boleh masuk. Dia punya terperanjat, bila dia tutup pintu pusingkan badan ke arah biliknya, dia ternampak pocong itu berdiri dalam bilik. Sepupu saya lantas tidak sedarkan diri kerana terperanjat dan ketakutan.


Keesokan harinya, sepupu saya jumpa kawannya lagi yang sedang tersengih-sengih, mengatakan bahawa dia percaya dengan kawannya lalu sepupu saya memulangkan barang itu pada kawannya. Kawannya berkata, pocong itu "jadi" dari bantal peluk sepupu saya di dalam biliknya.


Sepupu saya juga menceritakan kawannya pernah satu malam tidur dengan pakciknya yang mengajarnya ilmu hitam dalam satu bilik. Waktu tu kawannya tidur di atas katil, dan pakciknya tidur di bawah beralaskan tilam. Entah macamana kawannya tersalah baca mentera atau upacara yang dia lakukan pada awalnya tidak sempurna sehingga bantal peluknya sendiri bertukar menjadi pocong. Kawannya terperanjat lalu menolak pocong itu ke bawah terkena pakciknya yang sedang tidur.


Selamat malam!

295 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page