top of page
Search

Kejadian Di Kolej Swasta Kuantan

Assalamualaikum KC,

Saya Iman dari Sungai Buloh, Selangor. Kisah yang akan saya ceritakan ini tidak dapat dilupakan dan terjadi sewaktu saya bekerja di salah sebuah kolej swasta di Kuantan, Pahang pada tahun 2010. Waktu itu saya sedang bekerja lembur menjaga makmal IT di tingkat dua bangunan.


Secara kebiasaan, pensyarah akan membuat kelas malam dan saya merupakan pekerja yang akan menjaga makmal sehingga habis waktu pembelajaran di dalam kelas tersebut. Secara amnya, saya akan duduk di dalam pejabat sambil bermain permainan komputer. Dipendekkan cerita, sedang saya leka bermain permainan tersebut, jam sudah pun menunjukkan jam 12 lebih tengah malam. Kebiasaannya, pensyarah akan tamatkan kelas paling lewat pukul 11.30 malam.

Namun pada ketika itu, saya masih terdengar ada bunyi-bunyian seperti orang sedang menaip dan kerusi ditarik. Adakala saya ternampak kelibat sedang mengintai dari ruang pintu pejabat saya. Saya tidak berfikir panjang dan terus leka bermain permainan komputer. Jam tepat menunjukkan pukul 1.00 pagi. Saya hairan kenapa pensyarah masih tidak tamatkan kelas. Kerana terasa sedikit mengantuk, saya ke tandas untuk menghisap rokok. Sedang saya keluar dari pejabat, saya terpandang ke arah makmal-makmal di dalam bangunan. Alangkah terkejutnya saya, kesemua makmal sudah pun ditutup! Mungkin saya tidak sedar kelas sudah habis kerana begitu leka dengan bermain permainan video komputer. Sewaktu saya ingin mengunci kesemua pintu-pintu makmal, saya masih teringat ketika saya menutup pintu makmal, kedengaran ada bunyi pintu makmal yang lain juga sedang ditutup dengan hempasan yang kuat!

Bulu roma saya sudah mula meremang dan akhirnya saya tidak jadi menutup pintu makmal di bahagian penghujung. Saya terus masuk ke pejabat mengemas untuk pulang. Sedang saya sibuk mengemas, tiba-tiba di setor bahagian pejabat saya kedengaran bunyi suara lelaki...."woi....woi...woi..." mendayu-dayu suara itu. Saya terkejut dan terus beristighfar. Saya tidak berfikir panjang terus tutup semua dan keluarkan suis dari tempatnya. Kami berlari sehingga ke tingkat bawah sekali. Baru saya lega. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di situ tentang suara lelaki misteri itu. Pengawal itu berkata perkara ini sudah biasa dan selalu nampak penampakan pada kamera litar tetapi dipadam atas arahan atasan. Esoknya saya pergi berjumpa dengan pensyarah yang menjaga kelas pada hari sebelumnya dan alangkah terkejutnya pensyarah tersebut berkongsi bahawa kelas habis pada pukul pukul 10 malam!? Persoalannya, saya terdengar bunyi-bunyian serta kelibat mengintai jam 12 malam. Siapa dan apakah itu? Pengajaran saya di sini adalah, janganlah terlalu leka bermain permainan video sehingga tidak sedar apa yang terjadi pada persekelilingan. Terima kasih KC Assalamualaikum...

665 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page