top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Kejadian Di Sekolah Terbengkalai di Sarawak



Selamat Malam Seram!


Nama saya Lee Boon, berasal dari Sarawak, Malaysia. Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan terjadi di salah sebuah sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Saratok, Sarawak, sekitar tahun 2007 selepas saya habis belajar di Tingkatan 5. Saya dan lima orang rakan pergi "adventure" pada waktu malam.


Kami telah pergi ke salah sebuah sekolah di kawasan SMK Saratok yang sudah lama terbengkalai. Sekolah ini hampir 15 tahun telah dikosongkan atas sebab-sebab yang tidak saya ketahui, mungkin sebab berpindah ke tempat yang baru. Kami ke sana selepas pukul 12 malam kerana hendak mengalami sendiri keadaan yang menyeramkan di tempat yang sunyi. Ternyata memang kata orang, kami seolah-olah mencari penyakit. Tapi bila pergi secara berkumpulan, rasa seramnya kurang sedikit.


Setibanya kami di sekolah itu, kami memanjat pagar dan masuk ke dalam. Nasib baik pagarnya tak berdawai tajam di bahagian atas. Apabila kami masuk ke dalam perkarangan sekolah tersebut, kami pun jalan dari satu sudut ke satu sudut dengan perlahan sambil menyuluh menggunakan lampu suluh yang kami bawa bersama. Keadaan di dalam sekolah terasa bahang sedikit kerana pada malam itu tidak ada angin yang bertiup. Tempatnya pun seperti tidak terurus dan penuh dengan daun-daun kering di lantai.


Setibanya kami di bahagian sekolah kantin, tiba- tiba kami terperasan seperti ada bayangan yang bergerak dengan pantas di hadapan kami. Sejurus itu, kami terdengar suara perempuan menangis. Salah seorang rakan saya berkata, "Eh, korang ada dengar suara menangis tak? Saya terus menepuk bahunya dan berkata, "Kenapa engkau tegur?" Saya terus rasa meremang. Kami seolah-olah tercegat di situ dan tak tahu nak jalan ke depan atau patah balik.


Kami tak perlu tunggu lama untuk jawapan seterusnya. Tidak jauh dari kami, kami ternampak susuk tubuh seorang perempuan sedang berdiri kira-kira 10-15 meter dari kami. Rambutnya panjang dan kami nampak matanya terbeliak dan merah menyala. Kami terus pusing dan berlari keluar dari perkarangan sekolah kerana terlalu takut. Nasib baik ia tak ikut kami pulang sebab kami terus pulang ke rumah masing-masing dan tak tunggu seketika untuk lepak di kedai kopi dan tenangkan fikiran.


Begitulah kisah seram saya. Terima kasih dan Selamat Malam Seram!

435 views0 comments

Recent Posts

See All

Yorumlar

5 üzerinden 0 yıldız
Henüz hiç puanlama yok

Puanlama ekleyin
bottom of page