top of page
Search

Kelibat Hitam

Writer's picture: Peminat Malam SeramPeminat Malam Seram

Assalamualaikum KC,

Saya ada seorang bayi di bawah umur satu tahun, yang tidur sebilik, dan tidur bersama saya dan suami. Satu malam sedang kami tidur, bayi saya tiba-tiba menangis dengan kuat, seperti dipukul. Saya fikir, mungkin waktu untuk menyusu, tapi saya perasan yang matanya berkeliaran, dari satu penjuru siling bilik ke satu lagi penjuru. Nampak sangat seperti macam dalam ketakutan. Saya pun bacakan Ayat Kursi, dan zikir dengannya sampai tertidur. Baik-baik saya ketakutan, jadi berani demi anak. Saya siap mengatakan bahawa saya haramkan 'dia' mendekati anak saya atau orang di dalam rumah ini. Saya juga perintahnya untuk pulang kepada 'tuannya'.


Sebenarnya, saya tidak tahu jikalau ada makhluk lain yang menghuni atau menumpang bersama kami. Tetapi sejak kebelakangan ini, hati saya memang tidak selesa. Saya beritahu ibu saya tentang perkara ini, barulah beliau memberitahu bahawa selama ini, beliau terlalu kerap melihat kelibat "suami" saya di dalam rumah, tidak kira pada lewat malam mahupun pada waktu siang hari pun ada. Saya bekerja, jadi ibu yang menguruskan bayi saya. Di siang hari hanya ada ibu dan bayi saya di rumah. Ibu selalu rasakan seperti ada orang lain dalam rumah kami. Beliau dan bayi saya juga kadangkala tidur di ruang tamu apabila saya kurang sihat kerana takut bayi terjangkit. Jam 2 atau 3 pagi itulah yang beliau terlihat kelibat hitam, rupa seperti suami saya!


Suami saya hari-hari pulang lewat kerana kelas agama yang beliau kendali di rumah ibu bapanya. Saya memang kurang selesa kerana di rumah ada bayi. Bukan apa, takut ada benda yang 'mengikut'. Dah berapa kali juga, barang di rumah saya asyik hilang. Ada yang jumpa kembali, ada yang hilang terus. Kasut dan sikat bayi saya dah beberapa kali hilang. Nanti lepas dah cari, lama-lama baru terjumpa di tempat yang sama kami bongkar pada awalnya. Kejadian ini terjadi kepada ibu dan saya juga.


Yang paling saya tidak tahan adalah waktu saya mandikan bayi saya. Penutup minyak Telon tidak dijumpai, dan saya fikir ia jatuh ke lantai. Saya letak botol minyak itu di atas meja, dengan tidak ditutup. Saya pusing ke belakang dan meletak bayi dalam alat yang digunakan untuk berlatih berjalan dan bila pusing balik untuk mengemas meja yang digunakan untuk menukar lampin bayi, botol minyak Telon itu hilang!


Akhirnya saya terjumpa di bawah beberapa timbunan lampin dengan penutupnya kini kembali ke tempat asalnya, tetapi dalam keadaan tidak tertutup dengan ketat. Saya dah tak tahan lagi. Padanlah orang yang terkena gangguan rasa tertekan, sebab rasa memang seperti perasaan dipermainkan. Baik-baik fikiran kami sihat dan waras, jadi fikiran. Di rumah, kami sering mengaji, menderas Al Qur'an, memasang surah Al Baqarah dan zikir selawat, dan juga laungkan azan. Kami solat di setiap bilik hari-hari dan tidak tinggalkan ia kosong terlalu lama.


Terus terang, firasat saya mengatakan bahawa ada orang yang menggunakan sesuatu untuk menjadi pelindung atau pendamping suami saya. Mungkin orang itu adalah orang terdekat dengan suami saya. Ia berlaku semenjak rumahtangga saya tegang kerana seorang hamba Allah ini dan juga semenjak saya melahirkan anak saya. Dia selalu ingin suami saya temankannya hingga malam, sehinggakan saya sebagai isteri ditinggal-tinggalkan selalu. Dia terlalu iri hati terhadap ibu dan keluarga saya, dan beliau menabur fitnah kepada rakan-rakan ibu saya. Rakan-rakan ibu saya yang akan memberitahu kami tentang kelakuan hamba Allah ini.


Bohong kalau saya katakan yang saya tidak marah tentang perkara ini. Dia hanya inginkan haknya sebagai orang tua, tetapi orang tua saya sendiri dibenci dan dihina olehnya, sampai hari ini, dia memutuskan silaturrahim antara kami. Dia pernah menyuruh suami saya menceraikan saya atas nafsunya sendiri. Tetapi saya yakin Allah maha berkuasa, dan selagi Allah izinkan jodoh kami untuk berpanjangan, berpanjanganlah ia, insyaAllah. Saya hanya mampu berdoa, supaya Allah melindungi suami dan keluarga saya. Wallahualam bissawab.


Terima kasih KC! Wassalam...

217 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
  • White YouTube Icon

© 2019 by Malam Seram.

bottom of page