top of page
Search

Kisah Di Asrama Di Sabah (Bahagian Kedua)

Salam sekali lagi kepada para pembaca blog Malam Seram,


Siti dari Sabah kembali dengan bahagian kedua kisah saya yang terjadi di asrama sekolah 6 tahun yang lalu. Kejadian kedua ini berlaku beberapa minggu selepas kejadian pertama, sewaktu musim peperiksaan SPM juga. Ketika itu saya ada kertas Lukisan Kejuruteraan dan merupakan ujian peperiksaan terakhir. Disebabkan ujian itu merupakan yang terakhir, bilangan pelajar yang berada di asrama semakin berkurangan kerana kebanyakan telah habis menduduki peperiksaan masing-masing.


Kebetulan seperti kisah saya yang pertama, kejadian kedua ini juga berlaku ketika teman sebilik saya pulang ke rumahnya pada hari Jumaat. Petang itu saya mengangkat meja dan kerusi dari bilik belajar pelajar tingkatan 6 di bawah ke dalam bilik saya. Ini kerana saya malas hendak ke meja belajar saya yang terletak di bilik belajar untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 atas yang berada di tingkat bawah. Untuk pengetahuan semua, di atas dinding bilik saya, ada besi yang berlubang dan supaya angin boleh masuk. Bilik saya di tingkat 2 dan di belakang blok saya merupakan jalan raya dan tidak ada lampu jalan pada waktu itu. Jadi di belakang blok saya memang gelap.


Malam itu saya keluarkan buku Lukisan Kejuruteraan (LK) yang bersaiz A3. Seperti yang saya katakan awal tadi, saya cuma berseorangan sahaja di dalam bilik. Sedang saya tekun belajar, tiba-tiba saya rasa seperti diri ini sedang diperhatikan. Saya pandang ke arah dinding sebelah kanan di tempat angin masuk. Saya ternampak ada dua biji mata yang merah sedang memerhatikan saya. Saya cuma ternampak mata sahaja. Oleh kerana lampu di bilik saya ditutup oleh kain di bahagian katil, di bahagian katil tidak terang sangat. Sebab itu saya cuma nampak mata sahaja. Saya terkejut!


Saya cuba untuk tidak mempedulikan, tetapi saya masih rasa diperhatikan. Bila saya tengok balik ke arah itu, kini ada dua pasang mata merah yang memerhatikan saya! Pada awalnya cuma satu pasang. Aduh, ketika menulis cerita ini pun saya meremang. Saya masih cuba untuk teruskan kerja saya. Bila saya dah rasa lain macam di sekeliling saya, saya bangun dan pergi ke bilik kawan saya dan tidur di sana malam itu kerana ketakutan.


Mujurlah selepas habis SPM dan sehingga kini saya tidak lagi ternampak, terdengar, dan rasa lagi jika benda halus berada dekat dengan saya. Itu sahaja kisah saya. Sekian & terima kasih… :)

202 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page