top of page
Search

Kisah Misteri Dari Cik N (Kisah 3 - Kereta Mewah Putih)

Kisah ini berlaku lebih kurang sembilan tahun lalu. Ketika itu saya dan kakak menetap di Kajang, Selangor.

Pada satu malam, saya bersama-sama dengan kakak dan adik serta tiga orang anak buah yang masih kecil berjalan-jalan di I-City Shah Alam. Ketika itu, heboh sangat kisah orang tertangkap gambar hantu di kawasan pokok-pokok berlampu hiasan yang berwarna-warni. Sambil bergurau senda, kami berangan terjumpa “benda tu” di sana nanti atau di dalam foto-foto yang kami akan tangkap semasa di sana. Nak kata kami ni berani sangat, tidaklah. Saja bergurau.


Sepanjang kami berjalan di sana, tiada apapun yang berlaku. Anak-anak buah memang seronok dapat lihat macam-macam hiasan. Kemudian, dalam pukul 11 lebih malam, kami bertolak pulang semula ke kediaman kakak di Kajang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Sayapandu kereta dengan perlahan kerana ada masalah rabun malam. Lagipun, esoknya masih cuti. Tidak perlu terburu-buru untuk sampai ke rumah.

Ketika itu, saya memandu dan adik duduk di sebelah saya. Kakak dan anak-anaknya berada di belakang. Kami masih rancak bersembang pelbagai topik sehingga tiba di satu kawasan pembayaran tol yang sangat lengang.


Tiba-tiba, saya terperasan ada sebuah kereta putih terburu-buru menghimpit saya dari arah belakang. Saya pula ketika itu, baru sahaja nak masuk ke ruang Smart Tag. Saya biarkan sahaja kereta itu. Jika betul dia nak cepat, ruang sebelah saya (Smart Tag kedua) pun masih kosong lagi. Lorong-lorong lain pun banyak juga. Kereta yang ada pun cuma empat buah termasuk kereta kami dan kereta putih itu.

Tak lama selepas itu, saya terperasan kereta itu mulai masuk ke lorong sebelah kiri saya (laluan TnG). Dalam hati saya, kenapa tak guna lorong di sebelah kanan? Pandai pula pilih lorong lain! Buat apa membontot belakang saya tadi!! Lagipun, sebelum sampai ke kawasan tol itu pun, saya memang dah bawa kereta dengan agak perlahan. Sepatutnya dia dah boleh agak keadaan saya semasa di tol nanti. Kebetulan pula, kedudukan tol itu lebih rendah berbanding jalanraya yang menuju ke arahnya. Dia patut sudah boleh meembaca kelajuan kereta saya dari jauh! Hati saya memang panas ketika itu!

Mana kereta tu? Tadi beriya-iya sangat nak potong kereta saya?” Rungut saya. “Mana?... mana?...


Eish!... Diamlah!!!” Jerkah adik yang duduk di sebelah.

Kenapa? Angah cuma nak tengok, mana kereta tu?” Jawab saya kehairanan sambil memandang-mandang cermin belakang dan cermin sisi.

Pelik… mana dia?” Rungut saya lagi.

Sudahlah! Diam aje!” Adik saya mengerling tajam ke arah saya.


Apa masalah dia sampai nak marah tiba-tiba? Tadi, elok jer kami bersembang dan bergurau sepanjang perjalanan itu. Dari arah cermin, saya hanya nampak dua buah kereta bergerak perlahan keluar dari tol di bahagian tunai yang jauh dari kedudukan kami. Tapi, tiada satu pun berwarna putih seperti kereta tadi. Kemudian, kami teruskan perjalanan sehingga sampai ke rumah kakak.

Ke mana ye, kereta putih tadi?” Tiba-tiba saya terfikir semula akan kereta putih itu.

Angah masih tak faham lagi ke?” Jawab adik.


Dia nampak lebih tenang ketika itu. Saya seboleh mungkin cuba mem”positif”kan kejadian yang telah berlaku. Mungkin saya tidak perasan yang kereta itu telah lama memecut meninggalkan kami. Mungkin kereta itu telah masuk ke hentian tol sebaik keluar dari tol. Tapi, macam tak logik pula. Sebab kedudukan kereta kami dan kereta itu jauh ke kanan dari hentian tol. Sudah pasti saya dapat melihat kereta itu merintangi pintu-pintu tol yang banyak itu. Mungkin sahaja ia membatalkan rancangannya masuk melalui TnG dan bergerak ke lorong tunai atau ape sahaja yang logik.

Angah! Kereta tu memang dah masuk tol. Dia ada sebelah Ina jer (bukan nama sebenar adik saya)!" kata adik saya. "Tapi tak keluar-keluar… terus lesap!” Adik pandang wajah saya dengan perasaan resah.

Kau perasan tak muka orang dalam kereta tu?” Tanya saya, ingin tahu.

TAK! Tak ada orang kat dalam… Dalam kereta tu kosong!” Jawab Ina, resah.


(Berakhir Kisah Ketiga...)

220 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page