top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Kisah Seram Di Hulu Langat (Bahagian Pertama)

Assalamu'alaikum,


Saya Elias bersama kawan saya Ameer selalu keluar malam. Biasalah budak muda. Kejadian ini berlaku pada akhir tahun 2016 sewaktu cuti sekolah selepas peperiksaan SPM.


Kisah pertama yang terjadi kepada saya berlaku di jalan Bukit Ampang. Saya duduk di kawasan Cheras, KL. Terdapat dua haluan atau jalan untuk ke Bukit Ampang dari rumah kami. Jalan pertama: Cheras - Kampung Cheras Baru - Bukit Ampang - Hulu Langat dan Jalan kedua: Cheras - Hulu Langat - Bukit Ampang. Pada masa ini kami mengambil jalan kedua.


Ketika perjalanan tiada apa-apa berlaku. Sehinggalah di Jalan Bukit Ampang untuk menuju ke sudut untuk lepak, minum dan beristirehat seketika. Saya dan Ameer naik motor secara bersendirian, motor saya jenis Kriss MR1, warna putih biru dan motor Ameer jenis EX5 biru gelap. Kenapa saya perincikan jenis dan warna motor? Saya akan jelaskan kemudian di bahagian kedua kisah saya.


Kebiasaannya kami bawak motor sebelah-sebelah, yelah kami dua orang sahaja dan mudah untuk kami berborak-borak sambil bawak motor. Nak dijadikan cerita ketika kami sedang menaiki ke Bukit Ampang, motor kami tidak bersebelahan, Ameer di hadapan dan saya di belakang. Jalan itu gelap dan lurus sahaja. Jalan Bukit Ampang ada dua hala sahaja, jalan naik ke atas (sebelah kiri) dan jalan turun ke bawah untuk ke Hulu Langat (sebelah kanan).


Saya memecut motosikal sambil pandang ke hadapan apabila tiba-tiba, dari ekor mata saya, saya terperasan susuk lembaga putih. Badan saya terus kebas dan saya tak pernah merasakan seumur hidup saya seperti itu. Apabila sedar, Ameer dah tinggalkan saya dan pecut laju terus ke hadapan. Maknanya, Ameer pun ternampak apa yang saya nampak. Tetapi tadi saya nampak dengan ekor mata sahaja. Saya cerita ni pun saya masih meremang.


Dengan keadaan badan kebas terkejut, tak tahu kenapa saya beranikan diri untuk cakap dalam hati, aku nak tengok apa benda tu. Ameer dah tinggalkan saya, saya perlahankan motor saya, dengan perlahan saya toleh kepala saya ke kanan untuk pastikan betul atau tidak apa yang saya nampak dengan ekor mata tadi. Allahuakbar, apa yang rasa tadi, memang betul dia!


Sekujur tubuh perempuan berambut panjang, berjubah putih seperti Pontianak yang lusuh dan ada cebisan-cebisan kainnya koyak dan warna putih yang kekotoran sedikit, berambut panjang hingga ke lantai sedang berjalan di bahu kanan jalan sendirian. Saya terkejut dan terkedu kerana dia berhenti berjalan dan menoleh badannya ke arah saya. Saya tidak cakap banyak dan terus kejar Ameer. Saya dapat kejar Ameer. Dalam keadaan motor yang agak laju, saya tegur Ameer, “Kau nampak tak apa aku nampak?” Ameer dengan pantas menjawab, “Jangan tegur, cerita atas... Cerita atas...“


Sampai atas di kawasan untuk lepak, minum dan beristirehat, Ameer memberitahu yang dia nampak apa yang saya nampak. Bagi saya, jika sesorang itu ternampak makhluk halus dengan bentuk fizikal, itu adalah hari bertuah anda. Kenapa? Kerana semua orang boleh merasai kehadirannya, tetapi tidak semua orang boleh nampak bentuk rupanya bagaimana.


(Bersambung...)

369 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page