top of page
Search

Kisah Seram Hostel dari Ayen (Bahagian Kedua)

Salam sekali lagi buat KC dan para pembaca blog Malam Seram,


Ayen kembali sekali lagi dengan kisah yang ringkas. Di sini saya ingin menceritakan sebuah kisah seram yang berlaku pada teman saya (kita gelarkannya dengan panggilan Joe) dan pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar), yang berlaku di sebuah kolej di kawasan Batu Caves, Selangor.


Waktu itu cuti penggal, maka semua pelajar pulang ke rumah atau kampung masing-masing. Yang tinggal hanya pegawai warden, pihak HEP dan juga wakil pelajar. Teman saya Joe ini merupakan seorang wakil pelajar. Satu ketika teman kolejnya, Ali, mengalami tekanan perasaan, mungkin kerana masalah keluarga atau baru putus cinta dengan kekasih, saya pun kurang pasti. Ali meminta izin dengan teman saya, si Joe, untuk tidur seorang diri di biliknya. Joe pula bekerja syif malam, jadi dia risau dan bertanya dengan Ali, "Eh, boleh ke kau tidur seorang diri dengan keadaan macam ni? Risau aku..."


Ali berkata, "Takpe aku boleh tidur seorang diri, boleh eh tumpang beberapa hari ni untuk aku tenangkan fikiran..."


Joe menjawab, "Oklah, tapi hati-hati! Terjadi apa-apa, lekas-lekas bagitahu..."


Jadi Ali pun tidur, dan di dalam bilik Joe terdapat katil jenis dua tingkat. Ali menarik tilam dan tidur di bawah dengan keadaan yang sedih. Nak dijadikan cerita, yang ternampak adalah HEP kami. Beliau risau dengan keadaan Ali kerana sebelum keluar bertugas, Joe ada beritahu pihak HEP untuk tolong jenguk-jengukkan si Ali jadi pegawai HEP sendiri ambil keputusan untuk memantau Ali di dalam bilik.


Semasa di luar pintu bilik, beliau tidak ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk, beliau mahu intai dahulu pada lubang pintu. Bilik Joe hanya menggunakan kaedah selak sahaja, disebabkan tombol pintu yg telah rosak, jadi Joe tidak menutup dengan rapat. Apa yang berlaku, semasa pihak HEP melihat menerusi lubang pintu tersebut, dia terlihat Ali sedang elok mengiring dan menghadap ke depan jadi hanya nampak bahagian belakang Ali sahaja.


Di balik jasad kawan saya, kelihatan seperti ada satu sosok kain putih terbaring sama menemaninya di sebelah. Pegawai HEP hairan dan khuatir sekiranya si Ali ini membawa perempuan masuk ke dalam bilik. Beliau mengintai agak lama tanpa memanggil kawan saya. tiba-tiba sosok putih itu bangun dari terbaring di sebelah Ali, terus tegak berdiri tanpa menunduk dengan berbaju putih buruk, berambut panjang pandang tepat pada HEP.


Pegawai HEP pun apa lagi, terus berlari keluar bilik, terserempak dengan Joe yang baru pulang dari bekerja sambil mengajak Joe memantau apa yang sedang Ali lakukan ketika itu di dalam bilik. Mereka berdua naik terus masuk ke dalam bilik, dan terus kejutkan Ali, tetapi sosok putih tersebut tidak kelihatan di bilik itu. Persoalannya, siapakah yang menemani Ali di dalam bilik seorang diri semasa dia sedang bersedih?


Sekian dan Selamat Malam Seram!

176 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page