top of page
Search

Makhluk Berambut Panjang Memanggil Nama Saya...

Assalammu'alaikum KC dan pembaca blog Malam Seram,


Nama saya Hasna, berasal dari Kemaman, Terengganu. Pengalaman yang saya ingin kongsikan ini berlaku semasa saya menjalani latihan bersama syarikat penerbangan yang bertempat di Mantin, Negeri Sembilan. Pengalaman ini berlaku di tempat tinggal yang saya ditempatkan oleh pihak pengurusan syarikat penerbangan, iaitu sebuah villa yang dikatakan tapak tanahnya bekas tentera Jepun memenggal kepala semasa penjajahan Jepun dahulu.


Baik saya terus ke pengalaman saya yang berlaku di dalam rumah yang saya tinggal pada masa itu, rumah saya ketika itu bertempat di blok 3, aras 5. Waktu itu jam 8 malam, saya hendak turun ke kawasan lori-lori menjual makanan (foodtruck), di mana tempat ini merupakan tumpuan para pelatih lepak bersama rakan-rakan berkongsi suka duka.


Pendek cerita, ketika itu saya bersendiri di rumah hendak bergegas keluar untuk mengejar teman-teman saya yang terlebih dahulu keluar meninggalkan saya yang bersendirian di rumah. Semasa saya hendak membuka pintu rumah, tiba-tiba terdengar suara perempuan dari dalam rumah memanggil nama saya, "Hasna..." Saya terkejut kerana suara panggilan itu kedengaran seperti menyeramkan!


Saya beranikan diri menjenguk mencari dari arah mana suara itu. Alangkah terperanjatnya, di tepi tingkap dapur rumah saya ternampak susuk tubuh berjubah putih berambut panjang sedang membelakangi saya sedang perlahan-lahan menoleh 180 darjah ke arah di mana saya sedang berdiri. Saya terlihat wajah susuk tubuh itu yang agak menakutkan, terus saya pengsan tidak sedarkan diri hinggalah teman-teman saya mencari saya yang tidak sampai-sampai.


Malam itu juga seorang pakar perubatan dipanggil untuk merawat dan membersihkan bilik saya apabila saya sedar dan menceritakan apa yang terjadi kepada teman-teman. Mujur ada di kalangan kami yang mengenali pakar perubatan ini yang tinggal tidak jauh dari tempat kami tinggal. Alhamdulillah saya tidak mengalami apa-apa gangguan selepas itu...


Terima kasih!

133 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page