top of page
Search

Makhluk Dari Tasik Merangkak Masuk Dalam Bilik Asrama?

Salam sejahtera KC dan para pembaca blog Malam Seram,


Nama saya Tiffany. Saya ada kisah tentang institut pengajian tempat saya menuntut. Tempat di salah satu daerah di Sarawak, Malaysia iaitu tempat asal saya. Sebelum itu saya ingin jelaskan ciri-ciri kampus saya ini. Di tengah-tengah tempat ini ada sebuah tasik. Di atas tasik itu ada sebuah kafe, dan sebahagian daripada kafe itu terletak di atas tasik. Seterusnya ada kafeteria yang lebih besar atau kantin. Ia paling dekat dengan asrama kami.


Cerita ini terjadi ketika lewat malam, musim peperiksaan. Semua pelajar berjaga malam mengulangkaji pelajaran. Seorang pelajar lelaki telah menjenguk ke tingkap yang terbuka. Dia terpandang satu makhluk berambut panjang merangkak keluar daripada tasik. Asrama lelaki ini paling dekat dengan tasik, beberapa meter saja dari tasik. Dia tengok makhluk itu merangkak sampailah ke tanah lapang yang terletak di antara fakulti dan surau. Dia tutup tingkap dan menganggap benda itu takkan menganggu, tetapi anggapannya meleset.


Ketika semua dah tidur, dia terdengar bunyi loceng di ruang tamu. Asrama kami seperti apartment, cuma tiada dapur sebab kami tidak dibenarkan memasak. Hanya ada ruang makan atau ruang tamu. Jadi, pelajar bangun dan duduk di atas katil. Dia melihat dari lubang yang ada di bawah pintu. Lubang antara lantai dan pintu agak besar. Dia ternampak ada bayangan kaki orang berdiri di hadapan pintu dan bayangan itu berlalu pergi. Namun dia masih melihat lubang pintu itu. Sekali ada mata merah merenung tajam padanya melalui lubang itu!


Dia terus lari ke atas katil dan berselubung dalam selimut sampai pagi. Pada keesokan harinya, tujuh pelajar lain dalam rumah itu berasa hairan sebab dari pintu hingga ke ruang tamu mereka basah dan lantai kotor seperti seseorang yang berpijaknya dengan kaki yang berlumpur. Dia pun buka kisah yang terjadi pada sebelah malam sebelumnya.


Itu sajalah kisah saya. Terima kasih...

119 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
bottom of page