Search

Makhluk Pocong Di Padang Bola

Assalamualaikum KC,


Saya Aqil, hendak berkongsi sedikit kisah seram saya di padang bola sepak di kawasan Taman Desa Kuala Muda yang berdekatan dengan rumah saya. Kisah ini saya masih bersekolah, bermula ketika saya hendak pulang ke rumah saya setelah melepak di rumah kawan saya sambil menonton gusti WWE.


Selepas habis menonton, saya tengok jam sudah lewat malam, masa itu kira-kira jam 3:00 pagi. Saya bagitahu kawan saya yang saya hendak balik ke rumah. Saya pun balik pulang sambil berjalan kaki. Jarak rumah saya dengan rumah kawan saya lebih kurang 200 meter. Sungguhpun begitu, jalan yang saya guna untuk balik ada sebuah padang bola sepak di kawasan Taman Desa Kuala Muda Penaga. Saya pun berjalan seorang diri.


Apabila saya tiba di padang bola tersebut, saya berasa seram sejuk tapi saya sangka mungkin cuaca lewat malam yang dingin. Jalan paling cepat untuk sampai ke rumah saya harus ikut jalan melalui padang itu. Oleh kerana saya hendak balik dengan cepat, saya pun ikut jalan itu. Sedang saya berada di setengah jalan melalui padang itu, saya terasa seperti ada seseorang sedang mengikut saya dari belakang. Saya pun toleh ke belakang saya, namun tidak lihat apa-apa.


Saya cuba toleh ke sebelah kiri, tidak ada apa-apa juga. Di sebelah kiri saya ada sebuah hutan dan ada juga kandang kambing. Di sebelah kanan saya pula ada rumah-rumah kediaman. Saya pun toleh ke kanan, tidak ada apa-apa juga. Saya sambung berjalan. Tidak sampai jarak 50 meter, saya terasa lagi ada seseorang mengikut saya dari belakang dan saya pun toleh lagi ke belakang, kiri dan kanan, namun saya tidak nampak sesiapa pun.


Apabila saya toleh ke depan, tiba-tiba ternampak sosok makhluk pocong di hadapan mata saya! Saya betul-betul terkejut lalu dengan sepantasnya saya berlari. Sedar tak sedar dah tiba di depan rumah saya, dan saya merempuh masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang amat takut. Nenek saya yang ketika itu baru keluar daripada tandas untuk buang air kecil bertanya, "Kenapa dengan hang masuk rumah macam nampak hantu?"


Saya pun ceritalah kepada nenek saya yang saya terjumpa makhluk pocong di padang bolasepak berdekatan dengan rumah saya. Nenek saya entah kenapa boleh mengajak saya pergi ke tempat kejadian. Kami pun pergilah ke tempat itu dan nenek saya berkata benda itu mungkin saja hendak mengusik saya. Untuk tiga hari berturut-turut selepas kejadian itu, saya mengalami demam. Nasib badan...


Sekian terima kasih!

185 views0 comments

Recent Posts

See All

Assalamualaikum Abang KC, Nama saya Qamarina. Saya merupakan peminat tegar Malam Seram yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Saya ada kisah yang ingin dikongsikan bersama dengan pembaca blog Malam S

Assalamualaikum KC, Saya Khairul dari Kajang, Selangor. Pengalaman ini berlaku semasa sama belajar di Penang. Saya tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakan. Pernah satu hari saya tertidur pada waktu

Assalamualaikum KC, Saya Izam daripada Brunei Darussalam. Cerita misteri ini mengenai pengalaman ibu dan bapa saya sendiri sewaktu kelahiran saya. Kejadian ini berlaku dekat Hospital Ripas. Ibu member