top of page
Search

Makhluk Tinggi Lampai dalam Bilik Dorm Universiti

Salam KC dan penggemar blog Malam Seram!


Saya Zul dan kisah yang akan saya kongsikan ini berlaku sekitar tahun 2005. Pada ketika itu saya menuntut di salah sebuah universiti awam di sekitar bandar Sri Iskandar, di negeri Perak Darul Ridzuan.


Saya merupakan seorang bekas pelajar dalam jurusan senibina dalaman. Dalam kursus itu kami memang ering tidur lewat malam untuk mengejar tarikh yang telah ditetapkan oleh pensyarah kami untuk menyiapkan projek-projek yang telah diberikan. Kami juga gemar duduk di tingkat paling atas di asrama. Ini untuk mengelakkan dari rakan-rakan kursus lain terganggu dengan jeritan dari kami pada pagi-pagi hari apabila tidak sempat untuk menyiapkan apa-apa projek mengikut masa ditetapkan.

Semasa kejadian, saya terlupa terjadi pada hari apa, tetapi pada masa itu saya dan rakan saya lagi dua orang tiada projek yang perlu disiapkan. Tambahan pula, keesokan harinya kelas bermula agak lewat. Jadi saya mengambil keputusan untuk tidur di bilik rakan saya yang dua orang itu. Sambil-sambil itu boleh kami berbual-bual atau menonton DVD di komputer.

Sekitar pukul 12 lebih malam, saya sudah mula rasa mengantuk dan memberitahu rakan saya, saya sudah mahu tidur. Dia meminta saya tidur di katil bawah dan dia tidur di katil atas. Rakan seorang lagi tidur di katil satu lagi. Dalam bilik itu ada dua buah katil dua tingkat. Saya pun mengiakan sahaja arahan rakan saya itu dan terus letakkan kepala dan mula lelapkan mata.


Saya tidak pasti pukul berapa saya tersedar tetapi keadaan dalam bilik ketika itu sudah gelap, cuma diterangi cahaya dari lampu jalan di luar. Tingkap bilik juga tidak ditutup rapat untuk membolehkan angin masuk ke dalam bilik. Ketika saya tersedar itu, saya tidur secara mengiring dan muka saya menghadap ke dinding bilik itu. Saya cuba untuk pusingkan badan saya tetapi tidak boleh. Saya yakin di belakang saya tiada rakan saya kerana saya dapat lihat dari hujung mata saya katil di bahagian atas seperti ada orang. Itu mesti sallah seoram rakan saya.


Saya terus memaksa diri untuk memusingkan badan saya. Setelah lama mencuba akhirnya saya berjaya untuk pusingkan badan saya. Sekarang kedudukan saya sekarang dalam keadaan terlentang. Badan saya sangat letih, seperti baru lepas melakukan kerja berat. Kemudian saya angkat kepala saya tetapi masih tidak berdaya. Saya pusingkan kepala saya dan dapat melihat rakan saya seorang lagi masih nyenyak tidur di katil sebelah. Saya cuba mengejutkannya tetapi tiada suara yang keluar dari mulut saya.

Kemudian saya pusingkan kepala untuk melihat ke arah meja belajar. Alangkah terperanjatnya saya pada waktu itu. saya lihat ada lembaga hitam besar dan tinggi hingga mencecah ke siling bilik tersebut! Saya cuba baca apa-apa surah suci yang boleh saya ingat ketika itu tetapi mulut saya seperti terkunci. Saya ambil keputusan untuk mengiringkan semula badan saya untuk mengelak dari melihat lembaga itu berterusan. Saya berjaya untuk memusingkan badan saya. Dalam sayup-sayup telinga saya terdengar bunyi lolongan angin mendayu-dayu. Saya tertidur selepas itu. Sedar tidak sedar rakan saya kejutkan untuk laksanakan solat Subuh.

Semasa di dalam kelas saya bertanya kepada dua orang rakan saya itu. Sepanjang mereka duduk di situ, tidak pernah terkena gangguan apa-apa ke? Kedua-dua orang rakan saya ketawakan saya sambil berkata, "Kau kena kacau dengan lembaga hitam besar dan tinggi ke?" Saya hanya menganggukkan kepala. Rakan saya seorang lagi berkata, "Kami dah terbiasa dah, dah lali..." Sempat rakan saya berseloroh, "'Dia' hendak kenal-kenal dengan kau lah tu..."


Itulah kali terakhir saya tumpang tidur bilik mereka.


Sekian, Terima Kasih...

187 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page