Search

Manusia atau Jin Islam Yang Beri Peringatan?



Salam Malam Seram,


Nama saya Kal dan saya ingin menceritakan tentang kisah seram yang terjadi kepada suami saya dahulu sebelum kami berumahtangga. Kisah ini terjadi apabila kami belum lagi mengenali satu sama lain. Ceritanya agak ringkas jadi maaflah kalau ia tak se-seram yang disangkakan, cuma ia menjadi satu tanda tanya siapa yang sebenarnya suami saya terserempak.


Kisah ini terjadi di kawasan Bukit Panjang, Singapura. Suami saya ni dahulu gemar ke kelab malam. Pada satu malam, kawannya menghantarnya di sebuah tasik sambil menaiki motor dan menurunkannya tak jauh dari rumahnya. Dia sempat beritahu kawannya, “Ok besok kau jemput aku kat tempat sama, terus kita pergi kelab.” Kawannya bersetuju lalu suami saya pun terus jalan balik.


Sedang berjalan di sebuah jembatan yang agak kecil, dia terserempak seorang lelaki tua berpakaian seperti orang yang warak. Dia tak rasa apa-apa pun, seram tidak, pelik pun tidak. Kejadian yang berlaku ini sekitar jam 2 lebih pagi. Tiba-tiba, orang tua itu bertanya kepadanya, “Assalamualaikum Dik, tumpang bertanya. Masjid yang terdekat di sini sebelah mana ya?” Lalu suami saya pun menjawab pertanyaannya, “Wa'alaikumussalam Cik, oh depan situ saja...” lalu menunjuk ke daerah di mana terletak masjid yang terdekat di Bukit Panjang.


Lalu orang tua itu bertanya lagi, “Oh ya... Terima kasih ya. Awak tak pergi solat sekali ke?” Yang peliknya, suami saya terfikir, pada jam 2 lebih pagi siapa yang pergi ke masjid untuk melakukan solat? Lalu dia menjawab, “Oh taklah Cik saya baru balik dari kerja ni...” Orang tua itu mengangguk, memberi salam pada suami saya lalu beredar. Adakah itu malaikat ataupun jin islam yang suami saya terserempak? Pada suami saya, dia rasa orang atau makhluk itu seperti mengingatkannya bahawa tak usah pergi ke kelab malam, bukannya bagus pun tempat sebegitu. Terbantut dia nak pergi ke kelab malam, terus dia telefon kawan dia dan berkata dia terpaksa membatalkan rancangan awalnya.


Sekian terima kasih, Assalamua'laikum...

165 views0 comments

Recent Posts

See All

Bunyi Batu Dicampak Ke Tingkap Bilik Tidur

Assalamualaikum KC, Saya Rina. Saya ada pengalaman peribadi yang ingin saya kongsi bersama para pembaca blog Malam Seram. Saya tinggal di kawasan barat Singapura, berdekatan dengan Brickland Road. Kej

Mimpi Ditindih

Assalamualaikum KC dan pembaca blog Malam Seram, Nama saya Ilya. Saya pernah ditindih ketika mengalami demam panas. Elok-elok saya boleh tidur dalam bilik, sekarang saya sudah tidak berani tidur dalam

Suara Menggigil

Assalamualaikum KC, Saya berasal dari Perak, Malaysia. Nama saya Fiza, berumur 34 tahun sekarang. Peristiwa ini berlaku ketika umur saya enam belas tahun (Tingkatan 4) di salah sebuah sekolah asrama d