Search

Masuk Tanpa Paspot!

Assalamualaikum KC,


Saya Kak Long dari Bukit Panjang, Singapura. Saya ada sebuah kisah, terjadi pada anak sulung saya. Kisah ini berlaku sewaktu anak saya berumur sekitar tiga tahun. Sekarang dia dah berumur tujuh belas tahun. Hari itu saya sekeluarga bersama mak ayah saya pergi ke Kluang yang terletak di negeri Johor untuk menghadiri walimatul urus sepupu saya. Saya bawa kedua-dua orang anak saya, yang sulung berusia tiga tahun, yang adik berusia dua tahun.


Semasa majlis sedang berlangsung, saya lebih banyak duduk di dalam rumah bersama-sama dengan sepupu-sepupu yang lain, sambil-sambil itu memerhatikan anak-anak saya bermain di halaman rumah. Semuanya berjalan seperti biasa, dan saya yakin saya nampak anak-anak di depan mata saya setiap masa sedang bermain-main sehinggalah waktu kami hendak pulang. Salah seorang sepupu saya menghampiri kami, sambil mendukung anak sulung saya.


Dia serahkan anak pada saya, sambil mengatakan dia terjumpa anak saya di dalam semak-samun di belakang rumah pengantin. Saya jadi keliru sebab seingat saya, anak-anak saya ada di depan mata sepanjang masa waktu majlis sedang berlangsung. Ini kisah yang sepupu saya ceritakan...

Sepupu saya ada seorang ibu saudara yang tinggal di belakang rumah pengantin. Di kawasan situ juga ada sebuah rumah kosong yang ada banyak semak-samun di hadapannya kerana sudah lama tidak dihuni. Sedang dia dalam perjalanan ke rumah pengantin, tiba-tiba dia ternampak dalam semak-samun itu ada dua tangkai bunga manggar sedang bergerak ke arah rumah kosong tersebut. Dia menjadi hairan dan mengikut bunga manggar tersebut.


Alangkah terperanjatnya dia apabila dia dapati anak sulung saya berada di dalam semak tersebut. Dengan segera dia mengangkat anak saya dan bawa ke rumah pengantin. Pada waktu itu kami sedang siap-siap hendak balik ke Singapura. Masa itulah dia serahkan anak pada saya dan menceritakan segalanya.


Saya sangat hairan. Macamana pula anak saya boleh berlari ke belakang rumah sedangkan saya pasti anak-anak sentiasa berada di depan mata saya. Mungkin waktu kami sedang sibuk bersiap hendak balik, dia ke sana tanpa kami sedari. Tapi itu pun mustahil, sebab anak saya takkan pergi seorang diri tanpa dibawa oleh seseorang.


Dipendekkan cerita, bila sampai di Singapura, saya dapati ada perubahan pada anak saya ini. Dia jenis yang tidak banyak ragam dan dengar kata. Namun semenjak pulang dari Kluang, saya perasan dia lebih degil. Bila saya bercakap, dia akan melawan dengan matanya dibeliakkan pada saya. Pendek kata, dia seperti bukan anak saya. Saya beritahu hal ini pada ibu saya, dan ibu pun bercadang bawak berjumpa seorang uztaz. Kami pun pergi berjumpa dengan Ustaz Fitras Bakaram, seorang yang pakar dalam rawatan Ruqyah.

Sewaktu sesi rawatan, Ustaz meletakkan dengan lembut jari telunjuknya di belakang anak saya sambil membaca ayat2 Al-Quran dengan perlahan. Beberapa minit saja selepas itu, Ustaz berkata, memang ada sesuatu yang dah ikut anak saya balik. Ustaz kata, sebaik saja dia membaca ayat suci Al-Quran, dia dapat rasakan seperti genjatan elektrik masuk ke jarinya dari tubuh anak saya. Ustaz sempat berseloroh makhluk yang ikut anak saya ini masuk tidak guna paspot. Ustaz pun berikan air untuk dibuat rawatan di rumah.


Untuk pengetahuan umum, cara rawatan yang Ustaz lakukan ini berbeza dari rawatan orang dewasa. Selalunya kalau orang dewasa, bacaan ayat-ayat suci dari kitab Al-Quran dibaca dengan kuat untuk merawat. Tapi sebab anak saya masih kecil, Ustaz gunakan cara ini agar ianya lebih lembut dan tidak akan mengejutkan pesakit.


Jadi, saya pun buat apa yang disuruh Ustaz. Dalam masa minggu rawatan itu, saya jadi seram duduk dalam rumah. Pada hari-hari awal perubatan, ketika saya dan anak-anak saja yang berada ada di dalam rumah, saya terdengar bunyi guli datang dari atas siling. Kuat bunyinya! Saya baca Ayatul Kursi kuat-kuat. Habis membaca sebanyak tiga kali, terus hilang bunyi itu.


Alhamdulillah setelah menerima rawatan, saya lihat anak saya dah kembali seperti sediakala. Saya bersyukur sangat-sangat tidak ada apa-apa yang serius terjadi padanya. Tidak boleh bayangkan kalau anak sekecil itu meracau-racau sebab kerasukan.


Itu saja kisah saya. Terima kasih kerana sudi ketengahkan. Selamat malam dan Assalamualaikum...


Kak Long

185 views0 comments

Recent Posts

See All

Suara Menggigil

Assalamualaikum KC, Saya berasal dari Perak, Malaysia. Nama saya Fiza, berumur 34 tahun sekarang. Peristiwa ini berlaku ketika umur saya enam belas tahun (Tingkatan 4) di salah sebuah sekolah asrama d

Jatuh Sakit Akibat Gerai Disihir

Assalamualaikum KC, Nama saya Muhd Hafiz, pendengar dari Malaysia. Kisahnya bermula begini. Saya berniaga kecil-kecilan, lebih tepat lagi berniaga menjual burger. Saya mula berniaga pada pertengahan t