top of page
Search

Mendiang Nenek Menjenguk Keluarga Di Bilik Hotel...

Salam sejahtera KC dan pembaca blog Malam Seram,

Saya Tiffany dari Sarawak. Cerita saya ringkas. Ia berlaku di awal tahun 2016 selepas nenek saya meninggal dunia. Beliau meninggal dalam keadaan yang amat tenat kerana faktor usia yang sudah terlalu tua. Beliau sempat menyambut kelahiran cicit-cicit yang lahir sebelum ini kecuali cicit yang lahir pada tahun 2012-2015 kerana kesihatan beliau yang tidak berapa baik dan tempat tinggal cucu yang jauh di Semenanjung Malaysia. Beliau tidak digalakkan menaiki kapal terbang, tambahan lagi beliau memang fobia dengan ketinggian.


Dipendekkan cerita, nenek meninggal dunia dan cucu iaitu saudara saya datang melawat membawa cicit yang tidak pernah mendiang jumpa yang ketika itu berusia tiga tahun. Cicit atau anak buah saya ini menangis tidak henti-henti. Kata maknya, mungkin kepenatan dan dia pun memang mengalami demam. Setelah dua malam kami berjaga untuk mengawasi jenazah nenek, beliau dikuburkan.


Beberapa hari selepas itu, keluarga saudara saya jemput saya tidur bersama mereka di hotel kerana mereka akan pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya. Saya setuju dan kami tiba di hotel. Hotel ini saya rasakan seperti seram sedikit sebab hotel lama dan tak pernah saya atau keluarga menginap di situ untuk "staycation". Kami tidur setelah siap mandi dan menukar pakaian.

Sekitar waktu Subuh, saya terbangun dengan suara tangisan anak buah saya. Bingit sangat dan semua orang pun bangun. Makcik dan pakcik saya berdoa untuk cucu mereka dan akhirnya dia terdiam. Beberapa hari selepas saudara saya pulang ke Kuala Lumpur, dia mesej saya.


Saudara: "Tif, kau ingat tak anak buah kau nangis dalam hotel tempohari?"


Saya: "Ya. Kenapa eh masa tu? Kuat sangat dia nangis? Demam teruk kah?"


Saudara: "Nenek sebenarnya yang datang jenguk dia. Dia ternampak kelibat dan terdengar sebab tu dia nangis. Ni dia baru cakap yang dia nampak moyang dalam bilik hotel..."

Saya terkejut. Yelah, budak-budak, mana dia tahu erti membohong, kan? Saudara saya boleh siap gurau dengan saya, "Kau tidur malam ni nanti hati-hatilah eh? Belum cukup 44 hari nenek meninggal. Mungkin dia akan jenguk kau pulak! Kirim salam sayang aku kat dia aje..."


Cekik darah punya saudara! Mujur tak ada apa-apa yang berlaku pada saya sepanjang 44 hari setelah mendiang nenek meninggal dunia... Itu saja kisah saya, maaf kalau kurang seram... Terima kasih kerana ketengahkan kisah saya...

133 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page