top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Menumpang Gadis Meninggal Dalam Kemalangan...

Assalammu'alaikum,


Saya Rizal dari Chukai, Kemaman, Terengganu. Saya bekerja di sebuah kilang di Kemaman. Jadual kerja saya mengikut syif, pada malam kejadian, saya bekerja pada sebelah malam, masuk kerja pukul 4:00 petang dan habis pukul 2:00 pagi. Sewaktu saya balik kerja ada seorang gadis menahan kereta saya. Saya pun berhenti dan bertanya, “Boleh saya bantu?” Gadis itu pun menjawab, “Boleh tak awak tolong hantar saya?” Saya pun berkata, “Boleh... Masuk lah...” Gadis itu pun masuk dalam kereta saya.


Saya bertanya rumahnya di mana? Gadis itu menjawab, “Rumah saya di Kampung Binjai...” "Oooo dekat je..." balas saya. Saya pun teruskan perjalanan untuk menghantar gadis itu. Dalam perjalanan, saya bertanya padanya datang dari mana malam-malam sebegini, gadis itu hanya diam dan tidak menjawab soalan saya. Tiba-tiba saya terbau satu haruman yang teramat kuat hingga saya sendiri terperanjat seketika. Saya teringat pesan ibu kalau terbau haruman wangi pada waktu malam, jangan menegur.


Saya toleh muka saya ke arah gadis yang sedang duduk bersebelahan dengan saya itu. Dia toleh sambil tersenyum. Saya hanya tersenyum balik, dalam hati terdetik, manis juga raut wajahnya. Dalam tak sedar masa yang begitu cepat berlalu, kami pun sampai di rumah gadis itu. Dia turun dan ucapkan terima kasih dan saya pun pusingkan kereta untuk balik ke rumah saya. Dalam perjalanan pulang saya terperasan ada barang milik gadis tiu tertinggal di tempat duduk sebelah, di mana dia duduk pada awalnya. Memandangkan saya sudah penat, saya pun buat keputusan untuk menghantarnya pada keesokan hari.


Perkara pertama yang saya lakukan setelah bangun pada siang harinya adalah ke rumah gadis itu untuk menghantar barangnya yang tertinggal di dalam kereta saya. Apabila sampai di rumahnya dan memberi salam, seorang makcik keluar menjawab salam saya dan bertanya tujuan saya ke mari. Saya berkata, “Semalam anak gadis makcik tumpang kereta saya jadi saya hantar dia balik ke rumah. Tapi dia ada tertinggal barang dalam kereta saya...” Tiba-tiba makcik itu menangis dan memberitahu saya anaknya dah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Saya terkejut dan bertanya, "Habis macamana barang ni boleh tertinggal, Cik?” Makcik itu dengan nada sedih menjawab, “Kerana dia nak pergi hantar barang ni lah dia kemalangan..."


Ya Allah berderau darah saya tatkala mendengar kata-kata makcik itu! Baru saya datang dengan sedikit harapan ingin mengenali anaknya sekiranya dia belum berpunya. Punah segala harapan dengan sekelip mata dan tidak kesampaian hajat saya. Semoga roh anak makcik ini tenang di sana. Sehingga kini saya tidak dapat melupakan kejadian ini kerana sukar untuk bayangkan yang masuk ke dalam kereta saya pada malam itu bukanlah manusia yang nyata. Mungkin roh gentayangan yang belum aman kerana hajat semasa hayatnya tidak kesampaian...


Terima kasih dan selamat malam seram!

330 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page