top of page
Search

Menuntut Ilmu Kebatinan Dalam Hutan

Salam KC dan pembaca blog Malam Seram,


Saya ingin berkongsi cerita sewaktu saya menuntut ilmu kebatinan atau ilmu dalaman. Bukan senang untuk dipelajari, ia perlu ketahanan mental dan fizikal yang kuat. Hendak dijadikan cerita, saya terjumpa seorang guru yang dikenali ramai, yang mempunyai ilmu kebatinan yang sangat tinggi dan luarbiasa. Saya diterima menjadi anak muridnya, dan dia menyuruh saya datang keesokan harinya untuk mulakan latihan.


Pada malam yang telah dijanjikan, guru menyuruh saya pergi ke sebuah sungai untuk bertapa. Syaratnya perlu di kiri sungai dan di sebelah kanannya tanah. Saya pergi ke sebuah sungai yang jauh lebih ke dalam hutan di kampung sebelah menggunakan kereta. Saya pergi dengan seorang kawan saya. Hanya kami berdua sahaja, iaitu saya dan kawan saya bernama Irsyad. Buat pertama kalinya saya masuk ke dalam hutan pada waktu tengah malam.


Irsyad adalah seorang yang agak penakut, jadi kami berdua berjalan begitu rapat. Setibanya kami sampai di tempat yang dituju, saya duduk mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh guru saya. Saya dibekalkan beberapa bait mantera untuk dibaca sewaktu bertapa. Kami diarahkan jangan sesekali membuka mata sewaktu bertapa. Bila kami dah duduk di tempat yang telah dittetapkan, jarak saya dengan Irsyad agak jauh, lebih kurang dalam 50 meter.


Sewaktu saya mula membaca, saya terasa seperti ada orang merangkak ke arah saya. Dari jauh dengar semakin dekat sehingga terasa seperti sudah berada di tepi saya. Saya dapat merasakan seperti ada hembusan nafas di tengkuk saya. Bulu roma saya meremang. Niat di hati ingin membuka mata tetapi saya takut melanggar pantang-larang yang telah ditetapkan oleh guru saya.


Tidak lama kemudian, saya terbau seakan-akan bau bunga kemboja. Saya dapat menghidu bau itu dari jauh, dan semakin kuat dan dekat. Saya kemudian terasa seperti ada kibasan kain lalu di atas kepala saya, seperti kain bergesel di kepala saya. Dengan tidak diduga, badan saya di tarik ke belakang oleh sesuatu. Saya terus membaca mantera semakin kuat dan cuba menghabiskan bacaan itu.


Setelah sekian waktu, saya buka mata perlahan-lahan. Saya menoleh ke kiri dan ke kanan, sambil mata melilau mencari kawan saya, Irsyad. Saya panggil namanya dengan sekuat hati. Namun saya dapat rasakan seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikan saya dari atas pokok. Saya pun mendongak ke atas. Alangkah terkejutnya saya melihat kawan saya berada di atas pokok dengan mata yang merah dan sedang tersenyum sinis. Bulu roma saya memang sudah meremang ketika itu, namun saya tidak lari, malah saya panggil dan menyuruhnya turun tetapi beliau tidak mengendahkan panggilan saya.


Saya baca mantera yang telah dihafal sambil memegang pasir lalu saya hembus ke arah pasir dan saya baling ke arah kwan saya. Beliau terjatuh ke tanah dalam keadaan tidak bermaya. Saya pergi mengambil air sungai dan memberi beliau untuk diminum. Saya memaut tangannya ke tengkuk dan saya memapahnya untuk keluar dari tempat itu. Dalam keadaan itu saya terdengar seperti ada sesuatu sedang berlari mengejar dari belakang. Terdengar ranting-ranting patah.


Sampai semula di kereta, saya masuk ke dalam dan terus pandu menghantar Irsyad pulang ke rumahnya kerana risau akan keadaannya. Selepas dia tersedar, saya bertanya kenapa jadi macam itu? Dia menceritakan yang dia terbuka mata kerana bunyi suara saya membaca mentera terlalu kuat. Dia sempat melihat kehadiran kakak cantik bermain mengililingi saya lalu kakak cantik itu terperasan dan menoleh ke arahnya. Kerana terperanjat, beliau sampai tidak sedarkan diri.


Begitulah kisah saya... Terima kasih!

457 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page