Search

Mimpi Sama Setiap Hari

Assalamualaikum KC,


Nama saya Hanzalah, menetap di Bangi, Selangor. Saya ada kisah mungkin orang lain akan rasa tidak seram dan mungkin anggap saya reka cerita tapi bagi saya, mimpi yang saya alami ini sangat seram. Saya tidak pernah bagi tahu pada sesiapa pun sampai sekarang.


Sebelum saya duduk di Bangi, keluarga saya pernah sewa rumah di kawasan Dato Keramat, KL. Masa itu rumah itu masih diperbuat daripada kayu lagi, sekarang dah pun menjadi rumah Batu. Perkara ini berlaku ketika umur saya lima tahun (2002) tidak silap saya dan mimpi itu berlaku semasa saya tidur petang setelah balik dari sekolah tadika. Walaupun sudah lama terjadi, tetapi masih boleh ingat lagi mimpi itu. Selepas habis sekolah pada waktu tengahari, ibu akan menyuruh saya tidur tapi kadangkala saya takut hendak tidur pada waktu petang sebab takut termimpi mimpi yang sama.


Dalam mimpi itu saya sedang bermain dengan ibu saya dan semasa sedang bermain itu, ibu saya cakap hendak pergi ke tandas, jadi perasaan itu menjadi berdebar bila ibu berkata hendak pergi ke tandas. Sewaktu ibu berada di dalam tandas, saya ingat lagi, saya duduk di depan pintu tandas dan tiba-tiba saya rasa ada benda dalam satu tempayan yang besar. Pada mulanya terkeluar tangan, namun selepas mengeluarkan kepalanya tapi tak nampak muka sebab rambut panjang,


Perlahan-lahan keluar dan selepas itu saya ingat dalam mimpi saya mengetuk pintu tandas kuat-kuat sambil menjerit suruh ibu saya keluar cepat. Apabila saya toleh balik ke tempat tempayan tadi, benda itu sedang berdiri tegak seperti mahu menyerang saya. Dengan sekali pantas benda itu lari ke arah saya dan saya terus terjaga dari tidur sambil berpeluh dan sakit di tepi perut seperti ada seseorang atau benda yang menekan perut saya.


Masalahnya, mimpi ini berlaku setiap hari saya alami. Bila mimpi saja benda yang sama akan berlaku, bangun dengan rasa berpeluh dan satu badan rasa sakit di perut. Balik dari sekolah tidur mimpi yang sama, balik sekolah tidur mimpi yang sama sehinggakan saya takut hendak tidur pada sebelah petang, Ayah pernah mengajar agar saya membaca doa tidur setelah membaca surah Al-Fatihah. Semasa hendak tidur petang, baru saya sudah tidak mimpi perkara yang sama seperti itu. Walaupun mimpi yang sama itu datang kembali (tapi benda itu tidak akan datang dekat dengan saya dan akhirnya saya sudah tidak bermimpi situasi yang macam itu lagi...)


Ayah saya pernah berkata, rumah itu dulu pernah orang sewa untuk amalkan ilmu hitam tetapi dah pun dibuang semasa ayah saya mula berpindah ke rumah itu. Namun bila saya berpindah, orang lain pula menyewa, anaknya pun akan terganggu tetapi bukan dalam tidur. Benda itu muncul dan perkara yang dicerita tentang paras rupa benda tu sama yang saya pernah mimpi dulu.


Terima kasih KC ketengahkan cerita saya dan selamat tengah malam...

83 views0 comments

Recent Posts

See All

Bunyi Batu Dicampak Ke Tingkap Bilik Tidur

Assalamualaikum KC, Saya Rina. Saya ada pengalaman peribadi yang ingin saya kongsi bersama para pembaca blog Malam Seram. Saya tinggal di kawasan barat Singapura, berdekatan dengan Brickland Road. Kej

Mimpi Ditindih

Assalamualaikum KC dan pembaca blog Malam Seram, Nama saya Ilya. Saya pernah ditindih ketika mengalami demam panas. Elok-elok saya boleh tidur dalam bilik, sekarang saya sudah tidak berani tidur dalam

Suara Menggigil

Assalamualaikum KC, Saya berasal dari Perak, Malaysia. Nama saya Fiza, berumur 34 tahun sekarang. Peristiwa ini berlaku ketika umur saya enam belas tahun (Tingkatan 4) di salah sebuah sekolah asrama d