Search

Mimpi Seram Menjadi Realiti!

Assalamualaikum KC dan pembaca blog Malam Seram,

Nama saya Zari. Di sini saya ingin menceritakan tentang mimpi seram yang menjadi realiti. Pada masa itu keluarga saya sedang menjalani bermacam masalah. Ibu bapa saya sedang menjalani penceraian ketika itu. Saya tidak berbual atau bersemuka dengan ibu sejak saya mendapati berita penceraian antaranya dan bapa saya.


Ibu saya seorang yang bertugas mengikut waktu syif. Beliau sentiasa bekerja pada waktu malam. Ketika tahun pertama sejak penceraian ibu dan bapa saya, saya dapati airmuka ibu saya banyak berubah. Muka beliau sentiasa marah ketika bertembung dengan saya di rumah. Mukanya selalu hitam dan masam. Beliau selalu akan berkurung di dalam bilik pada siang hari. Perhubungan saya bersama ibu sebelum itu memang rapat. Kami selalu akan berbual, berborak dan keluar bersama. Jadi pada tahun pertama tidak berkomunikasi bersama ibu memang rasa amat sedih.

Pada satu hari saya bermimpi seram di mana ibu saya mukanya bertukar menjadi sesuatu yang amat seram. Beliau cuba mencekik leher saya. Mimpi itu merupakan satu mimpi yang paling seram saya alami. Saya istighfar berkali-kali pada malam itu. Mimpi itu seperti bukan mimpi kerana terasa seperti betul-betul nyata.


Dua hari kemudian selepas mengalami mimpi seram itu, saya pulang dari kerja pada waktu Maghrib. Selalunya bila pulang rumah, di rumah hanya ibu sahaja. Bapa kerja syif petang dan pulang pada waktu malam. Adik pula suka balik lambat. Ibu berada di dalam biliknya. Biasanya bila sampai di rumah, saya akan terus ke bilik mandi yang terletak di bahagian dapur untuk mencuci kaki. Pada hari itu, pintu bilik mandi tertutup. Saya tidak mengetuk pintu itu kerana saya tahu ibu berada di dalam kerana kedengaran loceng gelang kakinya.

Saya pun keluar dari dapur dan berjalan menuju ke bilik saya. Tiba-tiba, sedang saya berjalan ke arah bilik saya, di luar koridor rumah saya, kelihatan seperti bayang seseorang sedang berjalan menuju ke pintu rumah saya. Tingkap rumah saya panjang dan sesiapa berjalan di koridor boleh nampak bayang sahaja. Saya pun tergerak hati untuk melihat ke dalam lubang pintu kecil pada pintu rumah saya. Alangkah terkejutnya saya! Di luar pintu rumah adalah ibu saya! Bulu roma serta-merta meremang! Ibu saya membuka pintu dan saya masih tercegat berdiri. Ibu melihat saya dan terus ke biliknya. Dia tidak memandang atau berbual dengan saya pun.


Saya kuatkan iman dan pergi ke bilik mandi sambil mengetuk pintu itu sekuat hati. Nak tahu apa yang saya dengar. Suara ibu saya bercakap seperti biasa, “Ibulah... Tunggu sekejap...” Ya Allah! Saya punyalah terkejut! Saya pusing kepala dan lihat ke arah ruang tamu. Makhluk yang menjelma dalam mimpi saya sedang menjenguk ke arah saya! Kepalanya sahaja yang saya nampak, badannya di belakang tembok. Ia sedang senyum dan rambutnya serabai!


Astaghfirullah! Saya ketuk bilik mandi dan memekik, “Ibu! Bukak!" Ibu saya pun membuka pintu. Makhluk itu hilang begitu sahaja. Ibu marah dengan saya, “Gila eh ketuk dengan pekik kuat-kuat time Maghrib macam ni?" Saya masuk bilik air dan terus menelefon adik dan bapa saya serta memberitahu mereka apa yang terjadi. Saya tunggu mereka pulang. Hampir satu jam lebih saya tunggu di dalam bilik mandi.


Sejak kejadian itu berlaku saya berpindah rumah bersama bapa saya. Hampir enam tahun saya tidak bertemu atau berkomunikasi dengan ibu. Alhamdulillah dengan doa dan pertolongan dari Allah, saya bertemu kembali dengan ibu pada tahun lepas. Alhamdulillah muka ibu kini lebih cerah dan beliau tidak bersikap sombong dengan saya.

Sekian, terima kasih...

101 views0 comments

Recent Posts

See All

Diganggu Pocong Di Dalam Bilik Dorm!

Assalamualaikum KC, Saya Amin dari JB, ingin berkongsi kisah ketika saya berada di alam sekolah menengah, lebih tepat lagi pada tahun 2005. Sewaktu dalam sekolah menengah, saya menetap di asrama sekol

Terlihat Makhluk Ketika Mahu Mula Bertugas...

Assalammualaikum KC, Nama saya Nadiya. Saya ada satu pengalaman yang saya ingin kongsikan yang terjadi pada tahun 2015. Saya pernah bertugas sebagai seorang Pembantu Linen di sebuah tempat penginapan

Tanduk Haiwan

Salam KC, Nama saya Sha. Pada satu ketika dahulu, keluarga saya telah disihir untuk beberapa tahun tanpa kami sedari. Apa-apa gangguan yang kami sekeluarga terima, kami cuma anggap sebagai satu ganggu

  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
  • White YouTube Icon

© 2019 by Malam Seram.