top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Misteri Bertukar Tempat

Assalammu’alaikum KC,

Nama saya Linda. Saya ingin berkongsi satu kejadian misteri di mana ia berlaku pada awal tahun 1980an. Pada waktu itu, umur saya sekitar tujuh atau lapan tahun. Ibu saya pula merupakan seorang ibu tunggal dan beliau bertugas sebagai pekerja di sebuah kilang. Apabila beliau bekerja pada bahagian syif malam, saya akan diarahkan supaya pergi ke rumah ibu saudara saya yang berdekatan dengan rumah kami di Bedok North untuk bermalam di sana.


Di rumah ibu saudara saya, saya sering bermain dengan sepupu-sepupu saya tiga beradik yang akan saya gelarkan mereka dengan nama timangan Pa, Pai dan Pow. Kami berempat akan berkongsi sebuah bilik tidur yang sama. Di bilik itu, ada dua buah katil bertingkat. Seharusnya ia cukup buat kami empat orang tidur seorang satu. Namun, makcik saya seperti tidak begitu suka dengan kehadiran saya, lalu saya diberikan segulung tikar untuk tidur di lantai sahaja.

Katil A – Di bahagian atas (Pa), bawah (Pai) Katil B - Di bahagian atas (diberikan kepada 4 ekor anak kucing keluarga mereka), bawah (Pow).

Tempat tidur saya di lantai, di atas tikar di tengah-tengah kedua katil tingkat tersebut. Saya akan pergi ke sekolah dari sana juga. Makcik saya akan kejutkan kami semua setiap pagi untuk ke sekolah.

Pada satu pagi, mungkin sebelum masuk waktu Subuh kerana belum waktu untuk kami bangun tidur lagi, saya dikejutkan dengan suara jerita makcik saya. Kami semua tersentak dari tidur. Dia memarahi saya, “Eh Linda! Kenapa kau tidur atas katil anak aku? Kenapa anak aku si Pow tidur kat lantai? Bangun! Cantik muka kau sedap tidur atas katil anak aku eh! Bangun! Tidur bawah tempat kau sana!

Kami semua terkejut dalam kebingungan. Pow memandang ke arah saya, dan saya juga bingung kerana kami tahu kami tidur di tempat masing-masing pada malam sebelumnya. Saya dan Pow menoleh ke arah tingkap. Kami sungguh hairan kerana tingkap bilik terbuka luas! Sedangkan kami tidak pernah membuka tingkap di bahagian bawah itu, samada waktu siang ataupun malam kerana bimbang jika anak-anak kucing keluar rumah melalui tingkap. Kejadian pelik itu kami ingat sehingga ke hari ini.

Siapa yang mengangkat kami sewaktu kami sedang tidur dan mengalirkan tempat tidur kami? Tidak mungkin ada orang yang boleh masuk melalui tingkap pun tapi kenapa ia terbuka luas?

Setelah sekian lama bila diceritakan semula kisah misteri kami ini, sepupu saya Pow berkata, mungkin ada makhluk yang kasihankan saya kerana sering tidur di bawah. Entahlah, apa yang pasti, kami tidur di tempat masing-masing dan tiada orang pun yang mengangkat kami berdua sewaktu kami sedang tidur. Terima kasih kerana mengongsi kisah misteri saya!

195 views0 comments

Recent Posts

See All

Kommentarer

Bedømt til 0 ud af 5 stjerner.
Ingen bedømmelser endnu

Tilføj en rating
bottom of page