Kiriman emel dari Kak Yati
Asal, Singapura.
Assalamualaikum KC,
Kak Yati nak berkongsi kisah ini yang akak saksikan dengan mata akak sendiri. Kisah ini berlaku lama dulu pada tahun 1985. Pada waktu itu, akak bersama anak perempuan akak yang pada masa tu berumur 4 tahun, sedang berada di berhentian bas (bus stop) menunggu bas untuk pulang ke rumah setelah bertandang kerumah kakak sulung akak di Boon Lay way. Memang pada lazimnya di hari2 suami akak bekerja shift petang (suami akak was a police constable masa tu), dan hanya akan pulang pada jam 11 malam.
[📷️Gambar atas tempat kejadian. 35 tahun dulu kawasan ni sunyi..belum banyak flat yang terbena lagi. Pondok perhentian bas yang akak tandakan dalam bulatan kuning. 📷]
Dan sekali sekala, akak akan bawa anak akak berjumpa sepupu2nya untuk bermain dengan mereka sementara kami mak2 dudok bersembang. (Anak akak anak tunggal, sorang je maka bila ada peluang akak bawa dia jumpa sepupu2nya supaya dia ada kawan dan tidak selalu rasa kesunyian). Masa Kejadian ni jam sudah hampir 9 malam. Keadaan di pondok perhentian bus ni gelap sangat sebab lampu disitu mungkin rosak, tidak ada cahaya langsung dibawah pondok ni walaupun ada lampu dari tiang2 jalan raya. Keadaan disitu sangat sunyi sepi, tidak banyak kenderaan yang lalu lalang dan pada ketika tu hanya akak dengan anak akak saja yang berada disitu. Tidak ada orang yang lalu lalang langsung.
Sedang kami berdiri menunggu bas, kelihatan sebuah motorsikal ditunggang oleh seorang lelaki cina dalam lingkungan 40an dari arah dimana akak memang sedang memandang untuk melihat2 kedatangan bas. Apanyang mengherankan, penunggang motorsikal ni dia memandang kearah akak yang sedang berdiri dengan anak akak ditepi perhentian (walau pun tempat dudok kosong, akak tidak dudok, malah hanya berdiri disudut paling hujung tiang diluat pondok sebab keadaan yang sangat gelap dibawah pondok perhentian bas ni, buat akak rasa seram dan takut nak dudok disitu). Apa yang terjadi, akak nampak penunggang motorsikal tu pandangan dia tertumpu pada akak, bila sampai melalui tepat di hadapan akak, dia masih memandang ke arah akak, akak yang kehairanan juga turut memerhatikan dia sambil berfikir kenapa dia asik memandang kearah akak, apa yang dia tengok eh?...biadab sungguh hati akak berkata..akak rasa geram pulak. Sudah melepas dari hadapan akak, dia masih terus memandang akak, kepala dia sampai pusing menoleh hingga dalam jarak sudah 20 meter jauhnya dia masih memandang ke arah akak, sehingga tidak nampak jalan raya dihadapan sudah membelok ke kiri sedikit, dalam keadaan masih memandang ke arah akak, motorsikal yang dia tunggang melanggar batas (center curb) tengah jalan. Akak nampak tau KC, motorsikal dia melanggar batas lalu jatuh berpusing2 dan terseret, akak nampak dia terpelanting dan jatuh keatas jalan raya. Akak terkejut ketakutan. Cepat2 akak peluk dan tutup mata anak akak. Tak mahu dia trauma melihat kejadian tu.
Selepas tu, jalan tu yang dari tadi lengang tanpa sebuah pun kenderaan yang lalu, tiba2 berderu beberapa buah kenderaan datang beserta dengan bas yang akak sedang nantikan (mungkin tadi semua berhenti di lampu merah di simpang jalan, jadi bila lampu dah bertukar jadi hijau semua kenderaan bergerak serentak). Akak cepat2 menarik tangan anak akak menaiki bas yang sudah tiba. Keadaan jadi sesak disebabkan.kemalangan motorsikal yang baru berlaku, namun bas dapat bergerak perlahan2 sebab motorsikal dan penunggang tergelempang di tepi sebelah kanan jalan raya tu. Bila bas bergerak perlahan2 melalui tepat ditempat kejadian, akak nampak KC, penunggang tu, terlentang kaku tak bergerak. Berderau darah akak, jantung akak berdegap degup laju. Sa'at tu akak terasa bersalah sangat2, disebabkan dia memandang kearah akak dia kemalangan. Soalannya, apa yang dia asyik sangat memandang kearah akak atau pun ada kemungkinan dia ternampak sesuatu yang berada dekat akak yang sedang berdiri dekat tiang pondok perhentian bas pada malam tu. Apa yang dia nampak??? Sehingga sekarang akak tak tahu sama ada penunggang tu terselamat atau tidak, ada kah dia masih hidup atau terkorban ditempat kejadian. Dan walau dah lamanya kejadian itu, sekali sekala memori kejadian akan menghantui fikiran akak, buat akak rasa bersalah dan bertanggungjawab sangat2 sebab kemungkinan akak yang menjadi punca kemalangannya tu..atau pun dia terlihat sesuatu yang akak tidak nampak. Ma'af kalau cerita akak tk seram, tapi di masa kejadian memang menyeramkan sangat bagi akak. Harap semua terhibur dengan kisah misteri akak ni. Selamat Malam Seraaaaammm...
コメント