top of page
Search

Nak Cari Komet, Terjumpa Kak "Lang"...

Assalammu'alaikum KC dan para pembaca blog Malam Seram,

Saya Adli Nazli dari Petaling Jaya ingin menceritakan satu pengalaman yang agak menarik untuk dikongsi. Kejadian ini berlaku di Kuantan, Pahang pada tahun 1996, ketika saya berumur 12 tahun.

Waktu itu kami dikejutkan dengan berita mengenai komet bergelar "Hale-Bopp" akan melintas dekat dengan Bumi, dan ia dapat dilihat dengan mata kasar tanpa menggunakan teleskop. Saya cukup teruja hendak melihat komet tersebut, sebab waktu itu kami selalu dihidangkan dengan rancangan fiksyen sains seperti filem "XX-Ray" arahan pengarah Aziz M.Osman.

Pada malam yang dikhabarkan bahawa komet tersebut akan dapat dilihat, bermula jam 8 malam saya dah keluar ke halaman rumah memerhati ke arah langit mencari di mana komet tersebut akan berlalu. Tidak lama kemudian, semasa saya sedang tercari-cari komet tersebut, ayah saya mengajak saya bersama adik-adik ke rumah nenek. Untuk pengetahunan semua, rumah nenek saya juga di Kuantan, walaupun ia berada dekat dengan pusat bandar, ia masih ada suasana kampung dengan keberadaan pokok-pokok kelapa yang tinggi di sekeliling kampung.

Dalam perjalanan ke rumah nenek, dari dalam kereta pun saya masih tak putus-putus memandang ke arah langit mencari-cari di mana komet tersebut. Setibanya di rumah nenek, selepas keluar dari kereta pun saya masih memandang ke langit. Waktu itu semua orang dah naik masuk ke dalam rumah nenek. Tinggal saya seorang sahaja di luar rumah masih mengharapkan dapat melihat komet "Hale-Bopp".

Sehingga saya memandang ke arah sebatang pokok kelapa, saya ternampak ada susuk tubuh yang dibaluti dengan kain putih yang koyak rabak dan lusuh berdiri tegak di atas pucuk pokok kelapa tersebut sambil hujung kain yang koyak rabak berkibaran ditiup angin secara perlahan macam bendera berkibar. Lama juga saya memandang ke arah benda itu, sebab semasa ia berlaku, otak sedang berfikir dan menghadam, apa benda yang sedang tercongok di atas pokok kelapa tu. Selepas otak dah terima jawapan bahawa benda itu adalah makhluk yang menyeramkan, baru saya tergerak hati lari meluru masuk ke dalam rumah nenek dengan keadaan cemas.

Pada keesokan harinya, baru saya dapat tahu, rupanya saya tersalah tarikh menunggu untuk melihat komet tersebut. Hendak tengok komet, sudahnya ternampak "Kak Lang(suir)". Begitulah pengalaman saya yang tak seberapa. Sekian, terima kasih kerana sudi ketengahkan kisah saya.

188 views1 comment

Recent Posts

See All

1 comentari

Puntuat amb 0 de 5 estrelles.
Encara no hi ha puntuacions

Afegeix una puntuació
Shahril Rusof
Shahril Rusof
30 de nov. de 2020

Salam semua pembaca blog malam seram,setelah lama saya memendam akhirnya tiba saat saya nak bercerita kisah yang 24 tahun lepas. Saya tahu mungkin ramai yang melekehkan cerita saya ini,,tapi inilah yang terjadi. Tahun 1996, saya belajar di kampus sementara Uitm Pulau Pinang di Permatang Pasir ( Tempat ketika ini hanyalah kampus sementara sebelum berpindah ke kampus hari ini). Menjadi kebiasaan ketika di asrama selain belajar ada yg bermain terup dan macam2 aktiviti sebelum tidur, Ketika ini kami tinggal di dorm asrama sementara kampus kami siap. Penghuni dorm dalam 15-16 orang. Lepas main terup kami pun ke katil masing2 utk tidur. Saat itu memang sukar saya hendak lelapkan mata,cahaya pun samar2 cuma lampu koridor saja yang bernyala. Saya …

M'agrada
bottom of page