top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Nyanyian Suara Misteri Di Dalam Bilik Air....

Assalamualaikum KC,


Saya Imah dari Kedah, Malaysia. Saya ingin berkongsikan kisah ketika menjalani latihan perkhidmatan negara di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Sepanjang saya menjalani latihan di sini, beberapa perkara pelik telah berlaku, terutamanya pada waktu malam.


Seperti biasa, setelah selesai taklimat terakhir, saya bersiap-siap untuk tidur. Saya ke bilik air untuk memberus gigi dan cuci muka. Selalunya, pada hujung minggu, kami akan dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit. Jadi, sambil saya menggosok gigi, saya mendengar lagu melalui alat mendengar yang disumbatkan di telinga. Namun lama kelamaan, saya rasa seperti ada suara lain yang turut bernyanyi, liriknya tidak sama dengan lagu yang saya putarkan. Jadi saya buka alat fon telinga untuk memastikan sama ada hanya perasaan saya atau sebaliknya.


Apa yang saya dengar betul-betul membuat bulu roma saya pada waktu itu meremang, tetapi memang betul bunyi suara itu datangnya dari dalam bilik air. Suaranya sangat perlahan, tetapi sayu. Padahal pada waktu itu hanya saya sahaja yang berada di dalam bilik air tersebut. Selain gangguan tersebut, kami juga sering mendengar bunyi loceng kaki yang berlegar-legar di dalam bilik dorm. Di dalam dorm, katil saya paling tepi, di mana terdapat dua katil kosong yang tidak berpenghuni.


Satu malam, saya dapat mendengar dengan jelas bunyi loceng kaki seolah-olah berlegar dari hujung katil sebelah kiri sehingga ke hujung katil kanan. Beberapa kali bunyi tersebut berulang-alik sehingga saya tertidur. Pada keesokan pagi, saya bertanya kawan saya sama ada mereka juga turut dengar atau hanya saya sahaja? Ya! Jawapnnya mereka juga turut mendengar perbualan tetapi masing-masing mendiamkan diri di atas katil.


Pada satu malam yang lain, di mana kami semua sedang nyenyak tidur, tiba-tiba saya dapat mendengar pintu almari seperti dihempas. Hanya saya saja yang tersedar dan saya mencari arah bunyi almari tersebut. Rupa-rupanya, pintu almari rakan sebilik saya terbuka tetapi yang peliknya, rakan saya berada di atas katil sedang tidur. Seolah-olah dia tidak sedar apa yang berlaku. Keesokan paginya, saya bertanya rakan saya tentang perkara tersebut. Rakan saya menjawab, dia telah mengunci pintu almari. Bila dia bangun pagi, dia menggunakan kunci untuk membuka almarinya. Wallahu'alam...


Itu sahaja kisah saya. Sekian terima kasih!

185 views0 comments

Recent Posts

See All

Σχόλια

Βαθμολογήθηκε με 0 από 5 αστέρια.
Δεν υπάρχουν ακόμη βαθμολογίες

Προσθέστε μια βαθμολογία
bottom of page