top of page
Search

Padah Berubat Dengan Tukang Ubat

Assalamualaikum KC dan juga semua pembaca blog Malam Seram,


Nama saya Rashid dan saya ingin berkongsi pengalaman saya yang mungkin boleh dijadikan contoh dan satu pengajaran kepada orang lain. Saya dilahirkan pada tahun 1991 dalam bulan Februari dan saya adalah anak yang ketiga dan bongsu. Orang-orang yang lebih tua sering mengatakan anak yang ketiga inilah yang harus kita jaga-jaga. Dengan izin Tuhan, saya dilahirkan dengan penyakit misteri dan hingga ke hari ini masih belum bertemu jodoh untuk mengubati penyakit saya.


Dipendekkan cerita, semasa saya berumur kira-kira enam tahun dan sedang berada di dalam hospital, ibu saya yang sedang menemani saya dan tidur di sebelah, bermimpi ada seorang pakcik tua berpakaian serba hitam berdiri di depan katil saya dan memandang saya. Pada masa itu saya diberi katil bersebelahan dengan tingkap. Ibu saya menganggap itu hanya satu mimpi, sehingga pada satu hari ibu saya tergerak hati untuk bersuara mencari tukang ubat.


Seorang saudara saya telah pun mendapatkan seorang tukang ubat di Pontian Kecil, Johor, bernama "Tok Kunyit". Dua hari selepas saya dikeluarkan, ibu saya dan saya pun bergegas ke rumah Tok Kunyit di Pontian Kecil. Alangkah terkejutnya apabila Tok Kunyit yang mengubati saya itu kelihatan 100% sama seperti lelaki tua yang ibu saya ternampak di dalam mimpi! Ibu saya pun berdiam diri dan tidak memberitahu sesiapa sehinggalah saya berumur 15 tahun.


Selepas beberapa tahun kemudian, semasa saya berumur 9 tahun, adik ipar kepada ibu saya mengajak ibu dan saya pergi ke Kelantan untuk berubat. Selepas menceritakan semua tentang penyakit saya, dia pun mengajak kami ke rumah tukang ubat ini yang namanya Aziz. Setibanya di rumah tukang ubat Aziz ini, kami pun masuk dan ibu saya mula menceritakan semua penyakit yang saya alami semasa kecil. Aziz hanya tersenyum melihat saya dan arahkan isterinya untuk mengambil kelapa muda dan berikan saya untuk diminum airnya. Setelah minum kami pun pulang ke hotel.


Malam itu juga saya terbangun dan saya muntahkan air kelapa yang saya minum di rumah beliau, tapi yang peliknya kata ibu saya semasa dia mencuci pakaian saya tidak ada sebarang bau muntah pun! Selalunya kan muntah bau masam, tapi ini terus tiada bau. Keesokan harinya kami pun menelefon beliau dan memberitahu apa yang berlaku, tetapi dia hanya mengatakan, "Oooh itu perkara biasa, penyakit keluar..." Sejak hari itu saya rasa lain dan terus terang saya katakan saya pulih selama 18 tahun! Kami sekeluarga punyalah gembira dan mengatakan, "Akhirnya jumpa juga jodoh berubat ya?"


Lat beberapa tahun kemudian bila si tukang ubat Aziz ini tahu bila dia hendak meninggal dunia, beliau menelefon ibu saya dan mengatakan beliau minta maaf sangat-sangat kepada ibu saya. Dia tidak mengatakan apa kesilapannya tapi dia sempat memberitahu ibu saya "Nanti awak tahu lah kenapa...". Itulah kata-kata terakhirnya sebelum beliau meninggalkan dunia.

Belum pernah saya terjumpa tukang ubat yang begini hebat. Mana hendak cari siang makan ubat, malam dah baik? Bukan baik sebulan atau setahun, malah baik selama lapan belas tahun! Namun setelah lapan belas tahun saya pulih, saya diserang satu lagi penyakit iaitu penyakit ginjal tahap kelima dan kini saya menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu. Jadi nasihat saya janganlah kita pergi berubat membabi buta kerana kita tidak tahu apa yang digunakan untuk mengubati penyakit kita.


Terima kasih dan Assalamulaiakum...

267 views0 comments

Recent Posts

See All

Σχόλια

Βαθμολογήθηκε με 0 από 5 αστέρια.
Δεν υπάρχουν ακόμη βαθμολογίες

Προσθέστε μια βαθμολογία
bottom of page