top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Pembonceng Tidak Diundang!

Assalamualaikum KC dan selamat malam,


Saya kak Hanny, menetap di Johor Bahru ingin menceritakan kisah seram yang terjadi pada anak lelaki kakak. Kisah ini terjadi tujuh tahun yang lalu ketika anak kakak membonceng motosikal dari rumahnya di Felda Adila menuju rumah kakak di waktu malam menggunakan lebuhraya Desaru Kota Tinggi.


Anak kakak yang ketika itu baru pulang dari tempat kerja di Pengerang sekitar jam 9 malam, singgah seketika di rumahnya di Felda Adila untuk mandi dan membawa sedikit pakaian yang dipesan oleh isterinya. Siap mandi, dia bersiap-siap untuk bergerak dari rumahnya sekitar jam 10 malam dengan terlupa membawa beg pakaian yang telah disiapkan dan diletakkan di atas sofa sebelum dia keluar dari rumah.


Di pertengahan jalan, telefon bimbitnya berdering dan dia memberhentikan motosikal untuk menjawab panggilan isterinya, menanyakan pakaian yang dipesan. Dia baru terperasan yang beg pakaian tertinggal di rumah. Oleh kerana tidak jauh dari rumahnya, dia pusing semula untuk mengambil beg tersebut. Kerana terlalu ghairah hendak berjumpa isteri yang sedang berpantang dan anak pertamanya di rumah kakak, dia terlupa yang kakak pernah berpesan jika keluar rumah, jangan berpusing semula untuk mengambil sesuatu yang tertinggal. Ini memang pesan dari orang-orang tua yang percaya ia bukan petanda yang baik.

Dipendekkan cerita, di pertengahan jalan, motosikal yang dipandu laju tiba-tiba terhenti tanpa tahu puncanya. Keadaan malam itu agak sunyi, tidak ada satu kenderaan pun yang melalui jalan tersebut. Anak kakak beristighfar beberapa kali dan cuba hidupkan semula motosikalnya. Alhamdulillah dapat dihidupkan, dia pun meneruskan perjalanannya tetapi motosikalnya terlalu berat dan teramat perlahan dirasakan.


Dia bersangka mungkin motosikalnya bermasalah dan terus bergerak. Tiba-tiba bulu roma tengkuknya rasa meremang dan telinganya mendengar seperti kain yang berkibaran. Dia terperasan bayang-bayang kain yang melayang-layang ditiup angin bila dia menekan brek dan menerusi pantulan dari cahaya lampu brek motornya. Dia tergerak hati untuk memandang cermin sisi.


Alangkah terperanjatnya bila dia terpandang sosok tubuh berambut panjang yang mengerbang ditiup angin berada di belakang tempat duduknya. Anak kakak beristighfar dan membaca surah-surah suci tanpa henti di dalam hati sambil matanya menjeling ke belakang. Dia masih merasakan sosok tubuh perempuan berambut panjang masih di belakangnya. Dalam hatinya berkata, janganlah mengapa-apakan dirinya, tumpanglah sampai mana pun janji dia selamat.


Mulutnya masih membaca surah-surah suci sehingga dia rasa motosikalnya ringan. Dia sampai dir umah kakak sekitar jam satu pagi dengan selamat Alhamdulillah.

Sekian terima kasih KC!

476 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page