Assalamualaikum KC,
Saya Ahmad Arshad dari Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, Johor.
Kisah ini berlaku bukan kepada saya tetapi kepada jiran saya yang mencari rezeki di negara seberang iaitu di Singapura. Saya tak nak sebutkan namanya takut dia tidak selesa apa yang diceritakan. Kisah ini disampaikan oleh isterinya kepada isteri saya dan isteri saya sampaikan kepada saya dengan menunjukkan sekeping gambar kepada saya. Gambar penampakan pontianak di loker di tempat kerja suaminya di salah sebuah hospital di Singapura. Saya tidak boleh sebut nama hospital itu dan saya ada lampirkan gambar tersebut.
Suami jiran saya waktu itu bekerja syif malam sebagai pembersih di hospital tersebut. Dia bekerja seorang diri pada waktu itu kerana pekerja lain kebetulan cuti. Selepas habis membuat tugasan, dia perlu menghantar laporan kepada penyelia untuk disemakkan tugasnya. Tiba-tiba penyelia menghantar balik sekeping gambar yang telah dibulatkan. Ketika itu dia sudah selesai bersihkan bilik persalinan pekerja pada pukul 3 pagi.
Di dalam gambar itu kelihatan sosok seorang perempuan memakai baju putih dan rambut panjang berdiri betul-betul dekat dengan pintu lokernya! Ketika itu dia sedang bersiap untuk pulang. Lokernya betul-betul di penghujung gambar tersebut, sangat dekat dengan lokernya! Dia tidak menjawab pesanan penyelianya kerana terkesima melihat gambar tersebut. Dia menoleh perlahan-lahan tapi tiada apa-apa. Dia pun bergegas pulang pada malam tersebut.
Itu sahaja yang diceritakan. Lihat dan nilaikan sendiri gambar tersebut.
Terima kasih KC dan selamat tengah malam!
saya tidak nampak hantu tetapi kawan saya nampak