top of page
Search

Penampakan Sosok Kakak Cantik!

Assalammu'alaikum KC,


Saya Firdaus dari Terengganu, Malaysia. Terlebih dahulu mohon maaf saya tidak punya kisah yang panjang atau seram hendak dikongsikan. Yang saya ada hanyalah perkongsian gambar tentang sesuatu penampakan yang telah terjadi kepada kawan abang saudara saya beberapa tahun yang lepas. Kawannya ketika itu baru saja pulang dari bertugas pada waktu malam.


Dalam perjalanan pulang melalui sebuah kawasan perkampungan, dia ternampak satu sosok putih yang kelihatan seperti "Kakak Cantik"! Sambil perlahankan kereta, dia kemudian memetik gambar menerusi kamera telefon bimbit yang diletakkan di hadapannya seperti bagaimana pemandu teksi sering lakukan iaitu menggantung telefon bimbit di bahagian hadapan cermin kereta.


Gambar ini sama sekali tidak disunting atau ditokok-tambah. Terpulang pada pembaca blog Malam Seram dan KC sendiri untuk nilaikan samada penampakan ini betul-betul terjadi ataupun direka-reka.



336 views1 comment

Recent Posts

See All
bottom of page